Friday, October 07, 2011

What motivates the muslim engineers...

Selepas membaca surah Al Alkahfi di pagi Jumaat yang maha berkat ini, mama buka FB dan message ini muncul dan memang agak menarik dari seorang jurutera Wanita muda ….

as-salam, my dearest makcik endok. what do u always remind yourself as an engineer,how to be useful to other & Islam? I mean being doctors/teachers, the impact is somewhat direct. just need some assurance to give me motivation in work? Jzkk

MY respond as folows:

Islam rahmatan lil alamin dan kita sebagai insan Islam perlu mengungguli risalah “membawa rahmat ke seluruh alam”. Kita mesti memberi guna kepada manusia dan alam. Engineers are nation builders, are providing safe haven and environment to overall alam including human beings as well as other makhluqats (yang bernyawa dan tidak bernyawa)......we make the systems work for all human beings to use in their everyday life, engineers facilitate, create technologies, without engineering technologies, gadgets and systems the doctors cannot function the teachers cannot teach at their fullest....we provide solutions to the world, we make their lives easier and peaceful and in synchronism with nature, we are the interface...

Mari kita ingat- ingatkan maksud Surah Al Zalzalah Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).

Dalam salah satu dari "10 muwasofat tarbiyyah" (muwasoffat terakhir) ialah Aktsaruhum naf’an (yang paling banyak manfaatnya)

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.”(HR. Tirmidzi)

Raihlah bahagia dengan berinfaq dan memberi (be it tenaga, jiwa dan masa walau sekuntum senyuman), ringan membantu sesama insan, dan merasa bahagia kerana membahagiakan orang lain. Jadilah peribadi unggul dengan menaburkan bibit yang baik. Bibit yang baik, kata Imam Syahid Hasan Al-Banna dalam “Mudzakirat Da’wah wa Ad Da’iyah”, di manapun ia ditanam akan menumbuhkan pohon yang baik pula. Itulah sebaik-baik manusia, solih linafsihi (soleh dirinya) hingga naafi’un lighairihi(berguna kepada orang lain) .

”Perumpamaan mukmin itu seperti lebah. Ia hinggap di tempat yang baik dan memakan yang baik, tetapi tidak merosakkan.” (HR. Thabrani)
“Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma. Apapun yang kamu ambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu.” (HR. Ath-Thabrani)

Milikilah Allah dengan sentiasa mendekat diri kita dengan-Nya. Milikilah Rasulullah dengan mantaati dan meneladaninya. Milikilah syafaat Al Qur’an dengan membaca(tilawah), merenungkan(tadabbur), menghafalkan(tahfidz), mengamalkan dan mendakwahkannya. Miliki dengan memberi.

”Berpada-padalah dalam mencintai , berpada-padalah dalam membenci, kalau perlu menangis maka sekadarnya sahaja. Tetapi bersyukurlah sepenuh jiwa dan bersabarlah setulus hati. Kesulitan akan datang pada masanya dan akan pergi pada saatnya yang Allah telah taqdirkan begitu juga kemudahan dan kelapangan

Mama kongsikan disini nukilan Prof. Dr. HAMKA dalam tafsirnya Tafsir Al-Azhar berkenaan ayat 7-8 Surah Al-Zalzalah yang di atas. Tafsir Al-Azhar merupakan salah satu tafsir yang sering menjadi bacaan dan rujukan ramai oranga. Semoga ada manfaatnya mudah-mudahan.




Di dalam kedua-dua ayat ini disebut dzarrah, yang supaya lebih popular kita artikan saja dengan debu. Padahal dzarrah adalah lebih halus dari debu. Di zaman moden ini, setelah orang menyelidiki tenaga atom dan telah dapat memanfaatkannya, maka atom itu dipakai dalam bahasa seluruh dunia dengan memakai kalimat dzarrah. Ahli-ahli fizik Arabi menyebut dzarrah itu dengan al-Jauharul-fard, benda yang sangat halus yang tidak dapat dibahagi lagi. Lantaran itu boleh jugalah kita artikan: “Dan barangsiapa yang mengerjakan setimbang atom pun kebaikan, nescaya dia akan melihatnya.” Jadi bukti bahawa tidak ada satu pun yang tersembunyi di sisi Tuhan dari hal amalan manusia dan kegiatan hidupnya, supaya dibalas dan diganjari setiap sesuatu setimpal dengan perbuatannya.


Syaikh Muhammad Abduh dalam tafsirnya menegaskan ayat ini telah menyatakan bahawa segala amalan dan usaha, baiknya atau buruknya, besarnya dan kecilnya akan dinilai oleh Tuhan. Baik yang berbuatnya itu orang beriman ataupun orang kafir. Tegasnya lagi, amal kebaikan orang yang kafir dihargai Tuhan, meskipun dia dengan demikian tidak terlepas daripada hukuman kekafirannya.


Beliau kemukakan sebuah ayat di dalam Surah 21, al-Anbiya’ ayat 47; “Bahawa di hari kiamat itu alat-alat penimbang akan diletakkan dengan sangat adil, sehingga tidak ada satu pun yang akan teraniaya, walaupun sebesar biji daripada hama (telur hama), semuanya akan dipertimbangkan.”


Dengan demikian orang yang telah mengaku beriman kepada Allah dan Rasul pun begitu. Meskipun dia telah mengaku beriman, namun dosanya atau kesalahan dan kejahatannya pun akan dipertimbangkan dan diperlihatkan. Syukurlah dia tidak mempersekutukan yang lain dengan Allah, sehingga seksaan yang akan diterimanya tidaklah seremuk sehina orang yang kafir.

La ilaha illalLah, Muhammadur RasulullahLa ilaha illalLah, Muhammadur RasulullahLa ilaha illalLah, Muhammadur Rasulullah

Maka tersebutlah bahawa Hatim ath-Thaa-iy, dermawan Arab beragama Nasrani yang terkenal di zaman jahiliyyah akan diringankan azabnya di neraka kerana di kala hidupnya dia sangat dermawan. Dan Abu Lahab paman Rasulullah SAW yang sangat terkenal benci kepada anak saudaranya yang menjadi Nabi itu, pun akan ada satu segi yang akan meringankan azabnya. Ini kerana beliau sangat bersukacita ketika Rasulullah SAW lahir ke dunia, sampai disediakannya jariahnya bernama Tsaaibah yang akan menyusukan Nabi, sebelum disusukan oleh Halimatus-Sa’diyah.

Dan sudah tentu azab seksaan yang akan diterima Abu Thalib yang mengasuh Nabi SAW sampai beliau menjadi Rasul dan membelanya sampai akhir hayatnya tidaklah akan disamakan dengan azab seksaan yang akan diterima oleh Abu Jahal. Selanjutnya tidaklah akan sama azab terhadap ahlul-kitab yang terang mempercayai Nabi-nabi dengan azab terhadap orang-orang yang sama sekali tidak mempercayai adanya Allah. Dan keringanan yang akan diterima oleh Thomas Alva Edison tentu tersedia, kerana jasanya membuat penemuan alat-alat elektrik yang dapat dipergunakan juga untuk melakukan da’wah Islam.

Selain dari itu, ayat ini pun menjadi ubat yang jadi sitawar-sidingin bagi orang-orang yang beramal dengan ikhlas untuk agama, untuk bangsa dan perikemanusiaan, tetapi mereka dilupakan orang, misalnya kerana pertentangan politik. Meskipun di dunia mereka dilupakan orang, namun kebajikan dan jasanya di kala hidupnya tetap tercatat di sisi Allah dan akan diperolehinya di hari Akhirat.

Tersebut di dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Surah “Idza Zulzilati” adalah setimbang dengan separuh Al-Qur’an, dan “Qul Huwallaahu Ahad” setimbang dengan sepertiga Al-Qur’an, dan “Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruuna” setimbang dengan seperempat Al-Qur’an.

1 comment:

Anonymous said...

jazakillah mama:) bermanfaatlah dgn apa sahaja yg Allah kurniakan pdmu..inshaAllah

Adilah & I am an Engineer:)