Larian Waktu terlalu pantas. Tidak terkejarkan. Ia ibarat pedang yang memotong kehidupan. Waktu yang terpotong hanya boleh diabadikan. Waktu yang diabadikan adalah tulisan kehidupan. Tulisan kehidupan mungkin dapat memberi makna, menjentik intuisi, memperkaya inspirasi,merakam masa lalu dengan kesyukuran, masa depan penuh harapan
Sunday, July 19, 2009
Sesi perkongsian pengalaman- keibubapaan
Pada 8.30 pagi – 1.00 tgh Ahad, 19 Julai 2009 (26 Rejab 1430H) mama telah dijemput oleh Persatuan penduduk Jalan Duta Mas untuk sesi perkongsian pengalaman kehidupan dalam pendidikan anak anak. Program ini dijalankan dengan kerjasama Wanita JIM Titiwangsa dengan tema "Kecemerlangan Keluarga".Tempat : Surau Al Mizan Jln Dutamas 3,Kuala Lumpur.
Topik perkongsian "CABARAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK ANAK REMAJA MASA KINI"
Antara isi kandungan sesi perkongsian ialah:
1. Ibu madrasah pertama and jadikan anak sebagai sahabat/kawan dan tips menjadi bapa yang efektif
2.Cabaran membelai anak anak 'era inteligence' selepas era ledakan informasi..
3. Tips Saidina Ali (RA)……….ajari anakmu mengikut zamannya, dan bukan dengan zamanmu.. ……….
4. Memahami zaman dari teori perubahan kelompok generasi
1946-1964-The Baby Boomers
1965-1980:Generation X
1981-1994:Generation Y
1995-2008:Generation Z,
Gen Y lahir dalam information age, Gen Z lahir dalam intelligence age,
Dikatakan inilah kumpulan manusia paling sunyi dalam sejarah. Ibubapa sangat sibuk dengan kerjaya.
youtube, facebook, My Space, YM dll. kesunyian mereka diisi dengan rakan2 maya yang sebahagian besarnya mereka tidak pernah pun bertemu.
yang sangat obses dengan komputer dan berkurung dalam rumah.Mereka bersifat berterus-terang dan suka menuntut hak mereka dalam semua perkara. Fizikal mereka mungkin tidak sekuat generasi sebelumnya kerana kurang bermain di padang. Alat permainan mereka hanya menggunakan mata, telinga dan jari. Berjaga hingga lewat malam adalah satu kebiasaan.
Dunia mereka dunia digital. Segalanya adalah pantas. Gerakan mereka laju termasuk gerakan mata. Mereka tidak berjalan tetapi berlari walaupun dalam rumah.
Peranan dan cabaran ibu bapa ialah:
MENANGANI ’DIGITAL DIVIDE’
MEMAHAMI JURANG GENERASI
MEMBINA JAMBATAN
MENIMBUS JURANG
.......
.....
macamana nak upload ceramah mama ini (dalam power point presentation) ke blog ni..
Saturday, July 18, 2009
FORUM OSCC DI KARNIVAL AMPANG MPAJ
Pada 18 Julai 2009 mama selaku Pengarah WIRDA Selangor mendapatkan slot pagi Sabtu dalam acara Karnival Ampang di Padang MPAJ untuk mengadakan forum kempen kesedaran OSCC, keganasan rumahtangga dan perudanngan dan hak2 wanita. Alhamdulillah forum mendapat respond yang baik dari peserta. Pihak Secretariat OSCC dan WIRDA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua kakitangan MPAJ dan juga ahli Majlis kerana memberikan kerjasama yang sungguh baik dalam menjayakan program ini.MPAJ telah menyediakan kemudahan yang terbaik. Alhamdulillah.
Berbagai acara yang menarik juga dijalankan serentak.
Panelis forum terdiri dari Dr Norzilah Zaharin dari Emergency department Hospital Ampang. ASP Shaheela Abu Bakar dari IPD Ampang, Puan Noradelin Nordin dari JKM Hulu Langat, Puan Afzan Harrison Zainudin (peguam dari Bar Council). Manakala moderator adalah Dr Patmawati Ibrahim,Pensyarah dari Fakuti Syariah Ekonomi Universiti Malaya.
Dalam masa yang sama OSCC & WIRDA juga mengadakan promosi selama dua hari dari Sabtu sehingga Ahad dengan menyewa gerai promosi. Alhamduillah ramai yang mendapat manfaat dari informasi dan 'goody bags' (yang mengandunghi CD OSCC, pen, badge OSCC, sticker kereta,nota mengenai OSCC dan info mengenai keganasan rumahtangga dan juga nota nota mengenai akta dan undang2 yang berkaitan dengannya.
Friday, July 10, 2009
Wacana Rohani di UNISEL
Mama dijemput untuk menyampaikan Wacana Rohani di UNISEL (Universiti Industri Selangor) Bandar Bistari Jaya (Formerly known as Batang Berjuntai) pada jam 3.00 petang di Hari Jumaat 10/7/09 dengan tajuk " Mengapa Kita Bertudung". Tempat wacana diadakan ialah di Dewan Utama UNISEL.
Di samping itu penceramah pertama ialah Sdra Johannes Lukas, seorang aktivis Hidayah Center, JIM. Beliau menyampaikan ucapan bertajuk " Mengapa saya memeluk Islam". Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Saedal Atas Bin Abdul Ghani, Ketua Jabatan Pengajian umum, Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Industri. Hadir sama ialah Prof Madya Zainal Abidin Kidam, TNC - HEP UNISEL.Seramai lebih kurang 500 pelajar yang hadir. Pelbagai soalan menarik dikemukakan.
Mama lebih menekankan mengenai konsep menurut aurat. Bukan tudung dikepala isunya. Tetapi isu utama ialah aurat. Aurat pakaian, aurat pergaulan, aurat penampilan, aurat berkesalahan mereka yang hanya bertudung tetapi tidak menghayati maksud 'aurat'.Tutup sikit dedah banyak, atau sekejap tutup sekejap buka.
Mama tunjukan slide mengenai beberapa persepsi mengenai aurat dari CD yang dirakam oleh projek pelajar di MMU.
Subscribe to:
Posts (Atom)