Tuesday, June 10, 2008

Subsidi minyak atau mencekik darah rakyat?

Seorang sahabat mama di ALKIS Dr Zuraidah Mahmud menulis mengenai pemberian subsidi kepada rakyat kononnya untuk menjaga kebajikan rakyat... Bacalah sendiri.. untuk membuka mata kita...

Saya ingin melontarkan sedikit pandangan mengenai istilah SUBSIDI gasdan petrol yg seringkali disebut oleh kerajaan.Adakah rakyat memahami istilah subsidi ini sebenarnya bukanlah subsidi dalam erti kata sebenar?

"In economics, a subsidy (also known as a subvention) is a form of financial assistance paid to a business or economic sector (wikipedia.com)".

Sekiranya secara realiti kerajaan membayar subsidi ini, adakah ia terus kepada Petronas? Adakah nyata di dalam budget, ada sejumlah subsidi yang dibayar kepada Petronas?Sekiranya kita menggunakan definisi wikipedia ini, ia adalah merujuk kepada sejumlah wang yang dibayar utk mendapatkan barang tersebut dalam harga yang lebih murah utk kegunaan rakyat.

Sebagai contoh, rakyat M'sia sangat memerlukan barangan X sebagai makanan ruji, namun disebabkan negara M'sia tiada kemampuan langsung utk mengeluarkan barangan X, maka ia terpaksa diimport dari Jepun. Barangan X ini pula sangat mahal sehingga 70% rakyat M'sia tidak berkemampuan untuk membelinya, maka kerajaan M'sia membayar 50% daripada harga beli yang sebenar kepada negara Jepun membolehkan rakyat M'sia membeli pada kadar 50% sahaja dari harga sebenar.Ini bagi hemat saya baru betul dikatakan subsidi.

Tetapi ini tidak boleh diaplikasikan kepada petrol dan diesel kerana mereka dikeluarkan oleh Petronas bahkan dia juga yang supply kepada BHP dan Shell. Maka, sebenar-benarnya 'subsidi' yang mereka sebut-sebut itu adalah 'potential profit' atau potensi keuntungan yang bakal diperolehi sekiranya harganya dinaikkan pada sekian-sekian harga.

Dua tahun lepas semasa kenaikan minyak sebanyak 0.30, kerajaan menyatakan bahawa 4 bilion yang dijimatkan akan digunakan utk memperbaiki kemudahan jalan raya. Benarkah ia berlaku? Apakah kayu ukur yang digunakan utk menaikkan 0.30 harga minyak pada waktu itu? Adakah ia dibandingkan dengan harga pasaran dunia?Tidak. Apa yang jelas adalah kerajaan akan MEMPEROLEHI 4 bilion pada waktu itu dan bukannya menjimatkan subsidi sebanyak 4 bilion.
Apa alasan yang digunakan oleh kerajaan utk mewajarkan tindakan menaikkan harga minyak?

Di dalam mainstream media dinyatakan bahawa kerajaan akan memperbaiki kemudahan dan infrastruktur awam dan yang paling klise adalah untuk kebaikan pada masa hadapan.Sekiranya benar bahwa alasan utk menaikkan harga minyak ini adalah disebabkan reserve petroleum semakin menyusut mengapa hanya satu hari rakyat Thailand dan Singapore diharamkan membeli petrol M'sia?

Mengapa tidak direncanakan agar pengeluarannya di rancang sekadar mencukupi keperluan rakyat M'sia? Maka, ternyata alasan itu pun tiada benarnya.

Bagi saya kebajikan yang terbaik, paling cepat, paling mudah dan merata dan adil kepada semua rakyat Malaysia adalah dengan menurunkan harga minyak yg akan menyebabkan penurunan harga barang dengan drastik. Apakah langkah yang kerajaan ambil dalam menangani chain reaction ini? Shahrir menyatakan akan ada langkah audit yang akan dilakukan kepada peniaga yang menaikkan harga tanpa justifikasi.

Semalam saya mendapati semua harga barang basah telah naik. Dahulu semasa harga ayam ditetapkan harga siling 6.00 ada peniaga yang menjual 6.50. Alasannya adalah harga borong telah naik. Apalagi yang ada pada pengguna? Boikot? sampai bila. Akhirnya kita terpaksa juga menelan jadam yang telah lama pun merobek halkum.

Bagi saya punca sebenar kerajaan menaikkan harga minyak adalah kerana desakan utk mendapatkan sejumlah wang yang besar dalam masa yang cepat utk melangsaikan perbelanjaan tertentu yang hanya Allah Maha mengetahui.

Memandangkan Petronas adalah GLC yang dimiliki oleh kerajaan yang paling mampu menghasilkan sumber kewangan yang sangat besar, mereka hanya mempunyai satu cara iaitu menaikkan harga minyak.

Alasan kebajikan untuk penaiktarafan jalan dan kemudahan awam atau manfaat jangka masa panjang hanyalah lelucon penyedap hati makcik dan pakcik di Ulu Tembeling, Pahang.

Pada zaman pemerintahan Tun Mahathir salah satu cara meningkatkan ekonomi M'sia pada waktu itu adalah dengan menggalakkan rakyat M'sia berbelanja. Ia terbukti berkesan . Keadaan sudah terbalik pada masa sekarang. Kita kena berjimat dengan cara mengikat batu pada perut. Sekiranya kita berjalan pada hari minggu sangat sedikit kenderaan di jalan raya apatah lagi di supermarket. Semuanya sudah sangat berkira-kira.Hilang 'feel good factor'.

Dalam berita tv3 ada dilaporkan seorang calon univ yang membuat laporan polis ingin mendakwa kerajaan pakatan rakyat selangor yang gagal menunaikan manifesto utk membayar 1000 seorang utk calon yang berjaya memasuki univ.

Bolehkah kita mendakwa TPM kerana dia juga gagal menunaikan janji utk tidak menaikkan harga minyak selepas pilihanraya?Bagi saya cara terbaik meraih kepercayaan rakyat selepas kekalahan besar pilihanraya adalah dengan menurunkan harga minyak. Tetapi ini tidak berlaku pun..Tahniah kepada diri kita yang masih memberi undi kepada kerajaan Barisan Nasional. Sesungguhnya seseorang muslim itu tidak akan tertipu pada lubang yang sama sebanyak dua kali..

1 comment:

aniisma said...

Salam

Sungguh rasional penulisan ini. Sungguh menyedihkan hakikatnya. Sungguh ingin mengetahui kebenaran terpaksaan kerajaan menaikkan harga minyak kerana ada 'huge financial obligation' yang harus dilangsaikan. Sekiranya benar, saya fikir sungguh kejam.