Sunday, July 15, 2007

Ayat-ayat cinta - Seven milestones of love



Category: Books
Genre: Religion & Spirituality
Author: Habiburrahman El Shirazy

Seminggu CRIB selepas pembedahan kecil kerana komplikasi 'piles' merupakan satu kerehatan yg diberi Allah dan kesempatan membaca sebuah novel Islami berjudul Ayat-ayat Cinta yang amat mengesan jiwa. Sepanjang pembacaan itu mataku basah dengan air mata.Merasa rasa perkongsian cintakan syurga seperti apa yang Maria rasakan. Betapa susahnya nmencari kunci membuka pintu Babur Rahmah! Aduhai sungguh mengesankan sekali. Ya ALlah ampunilah hambamu ini.



Selama satu hari satu malam ku tekuni membaca Novel Ayat Ayat Cinta ini. Ayat ayat cinta Versi Indonesia dibawa pulang oleh Kak Yong pinjaman dari seorang kawan di hospital HKL. Sebenarnya sejak 2 tahun lepas ingin membaca nya namun belum ada rezki. Ternyata buku ini begitu bernilai sekali. Masyallah! wal hamdulillah. Dengan tag-Novel Pembangun Jiwa, ia memang sangat membekam jiwa dan begitu berkesan di hati.

Mengikuti perjalanan seorang pemuda warak, berilmu dan beramal bernama Fahri menyebabkan aku hanyut-seolah-olah berada negeri Musa-Mesir. Dalam musafir ini aku temui 7 ayat ayat cinta (love milestones) yang perlu di telusuri, di hayati dan di alami sedalamnya.

Milestone atau ayat cinta pertama ialah menuntut ilmu-

Menuntut ilmu semata-mata kerana Allah-demi dakwah membela agama tercinta! Ternyata kesusahan Fahri dalam menuntut ilmu dengan ulama terkenal seperti mengajak kita untuk bergerak ke arah jalan yang sama. Biarpun dipanggang panas mentari dan dibaham bahang pasir sahara atau hujan atau dingin salju-ilmu itu harus ditagih. Biarpun banyak ranjau dan duri yang mesti di harungi. Dalam menggeluti proposal thesis,penuh tekad dan berjaya diselia oleh professor yang menjadi idolanya. Dia sempat menerjemah karya karya klasik Islami Agung yang tersembunyi berkurun lama di khanzanah Bahasa Arab untuk di 'nusantara'kan. Satu perjuangan seorang pelajar yang bukan mudah, amat sukar malah impossible!.

Milestone Cinta kedua- love is universally islamic

Begitu universal cinta itu rupanya. Penuh humanistic. Jika tidak, mana mungkin Fahri boleh cintakan keluarga Maria-yang berlainan agama. Demikianlah, cinta itu harus disebarkan baik muslim atau non-muslim yang tidak memusuhi kita. Jelas di sini cinta itu sifatnya 'give and take'. Perlu ada yang memberi dan menerima.

Milestone Cinta ketiga adalah cinta kepada persahabatan.

Ternyata Fahri telah menjadi contoh teladan yang perlu diikuti. Satu uswah hasanah yang mulia dan pekerti yang dikaguni perlu ditiru. Kawan kawan serumah begitu mencintainya kerana akhlak dan pergaulan yang begitu tulus. Ini boleh dilihat semasa Fahri ditimpa musibah 'heat stroke'. Teman-temannya berganti berjaga malam-sanggup berkorban masa dan tenaga. Bilamana melihat Saiful tertidur di permaidani, kerana letih menjaganya, lantas Fahri berkata: Ana uhibbuka fillah ya akhi-Aku mencintaimu kerana Allah saudaraku!. Belum lagi penderma misteri (siapa malaikat itu) yang membayar semua ongkos perubatan Fahri di hospital!

Milestone cinta keempat adalah kemuncak segala-galanya yang menjadi idaman setiap remaja zaman ini. Cinta selepas nikah!

Masyallah, novel ini menjelaskan dengan begitu detail dan teliti. Gelagat Fahri dan Aisha di malam perkenalan yang begitu mempesonakan. Ada rasa sebak ketika membacanya. Meremang. Seram sejuk. Inilah jalan-jalan untuk remaja/pemuda pemudi kita perlu amati dalam mencari pasangan. Perlu ada orang ketiga-yang pastinya kita kenal dan percayai!

Keromantikan cinta selepas kahwin ternyata tiada taranya. Full of Thrills, Nombor wahid-first class. Inilah asasnya untuk bercinta. Foundation yang kukuh. Bulan madu di Sungai Nil Fahri sambil membelai lembut rambut wangi Aisha di apartment sambil melihat bulan begitu romantis. Cinta Halal-Inilah cinta yang UTAMA!


Sifat suka berkorban adalah milestone cinta yang kelima.

Fahri telah menunjukkan pedoman bagaimana dia bersabar ketika bumbung rumah sewanya bocor, tirisan air menitis dari rumah Maria. Sabar dan berkorban. Tentu yang paling INDAH adalah pengorbanan Aisha-isteri solehah yang sanggup berpoligami. Untuk Maria. Untuk maruahsuami dan keluarga. Untuk agama! Allahuakbar!

Milestone Cinta keenam yang kukira begitu penting adalah cintai kebenaran.

Maria telah menunjuk jalan. Kebenaran itu tertanam dalam kalimah syahadah! Lailahaillah Muhammadurrasulullah! (Tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah!). Ia kunci syurga. Itulah kunci yang dibawa Maria sebelum kematiannya. Saat yang tragis dan menyebabkan aku bergenang airmata!terutama apabila Maria tidak berhenti berqasidah dan bertasbih menyebut nama ALlah antara kedua bibirnya yang semakin kering. Sungguh tragis watak Maria dimatikan! Mengapa perlu watak Maria dimatikan. aku tidak puas hati. Padaku Maria lah yang sebenarnya paling mulia di antara semua watak dalam novel ini mengalahkan Fahri kerana ia mati dalam keadaan husnul khatimah!Radhiyatan mardhiyah.Itulah impian kita semua.

Akhirnya, last milestone -the last terminal of love ie CINTA UTAMA adalah segala perbuatan itu kerana Allah dan RasulNya. Mentajarrudkan / membersiahkan niyat lillahi Taala. Ini mesej jelas dalam novel ini.

Bagiku, memang layak novel ini diberi taraf lima bintang! Ia menggugat perasaan, mencampurbaur rasa ketawa, geram, tangis, kecewa, gembira dan bahagia sekaligus mendekatkan ketaqwaan kepada Allah. Seribu macam perasaan! Ia membawa diri kita kembali kepada Allah-tatacara bercinta, mencintai juga dicintai.

ANA UHIBBUKA FILLAH YA AKHI!!!

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum mama.. saya juga baru selesai baca ayat2 cinta.. setelah diperkenalkan oleh seorang teman.. ternyata novel ini benar2 membangunkan jiwa saya yg hampir mati.. mati kerana kelalaian saya menjalankan amanah Allah kpd sy.. sbg seorang hamba.. ianya membuka lembaran baru dalam hidup saya, kearah yg lbh baik, dan kearah cinta yg positif serta suci.. menghilangkan segala kekusutan serta keharuan yg saya alami sejak sekian lama.. saya menangis tak henti sepanjang membacanya, kisah hidup yg diceritakan melalui watak fahri begitu memberi kesan kepada saya.. kami seperti pernah berada dalam satu lorong kehidupan, bezanya fahri memilih jln yg baik dan saya memilih yg salah.. walau pun cuma satu watak rekaan, namun cukup untuk membuat kan saya tersedar yg saya telah jauh hanyut dari jalan-Nya. Sungguh saya pilu dan insaf. kalaulah saya punya kemampuan mama, mahu saja saya beli kesemua naskah ayat2 cinta, dan berikan kepada semua org secara percuma. belum ada lagi penulis seperti kang abik ini, tapi kalau ada ramai, alangkah bagusnya.. sebab ianya sarat dgn ilmu.. yg kadangkala tak terjangkau oleh minda kita. buku terbarunya pesona cinta cleoptra.. saya dah baca. cuma karya biasa yg kaya dgn kisah realiti masyarakat.. dan dgr kata ayat2 cinta benar2 akan difilemkan.. semoga benar2 menjadi realiti.. dan akan mampu mengusik tangkai hati..