Sebuah hadith Qudsi yang cukup panjang dan mencuit hati kita. Sungguh indah dan amat baik untuk kita renungkan.
" Aku ( Allah ) hairan terhadap orang yang yakin akan datangnya kematian tetapi ia masih membanggakan diri ?
Aku hairan terhadap orang yang yakin dengan hari perhitungan ( hisab ), kenapa ia masih sibuk menimbun harta benda?
Aku hairan terhadap orang yang yakin akan masuk pintu kubur, kenapa mereka masih tertawa terbahak-bahak?
Aku hairan terhadap orang yang yakin terhadap hari akhirat, kenapa mereka masih bersenang-senang dan lalai tidak beramal?
Aku hairan terhadap orang yang yakin akan lenyapnya dunia ini, kenapa dia masih
menambatkan hati kepadanya?
Aku hairan terhadap orang alim yang pintar bicara tetapi bodoh dalam faham pengertian.
Aku hairan terhadap orang yang sibuk menyelidiki aib orang lain, tetapi lupa cacat / cela dirinya sendiri.
Aku hairan terhadap orang yang tahu bahawa Allah memperhatikan tingkah lakunya,
mengapa ia masih derhaka kepada Allah?
Aku hairan terhadap orang yang mengerti bahawa ia akan mati bersendirian dan masuk kubur bersendirian, kenapa ia masih asyik bersenda gurau dengan orang ramai?
Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu benar-benar hambaKu dan rasulKu. "
Diakui atau tidak, ramai orang yang tidak sempat mengadakan muhasabah. Dengan
kesibukan yang padat, rasanya sukar untuk mencari waktu yang sesuai untuk berfikir mendalam. Hari-harinya hanya diisi dengan kerja dan kerja. Semua waktu habis sekadar untuk mencari nafkah. Kesibukan seperti ini sudah menjadi ciri atau malah menjadi sebahagian dari kehidupan modern.
Malam hari yang semestinya waktu paling sesuai untuk melakukan muhasabah ternyata juga tersita untuk sekadar urusan dunia. Malam, utamanya dikota-kota besar tidak lagi ada bezanya dengan siang, Tetap ramai, tetap sibuk. Lampu-lampu
Firman Allah;
" Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. "
Q.S Al‑Furqaan : 47
Kerana manusia sudah merasakan tidak lagi cukup waktunya untuk mencari kehidupan di siang hari sahaja, maka malam harinya mereka gunakan juga untuk bekerja. Akibatnya waktu untuk istirehat berkurangan. Apalagi waktu untuk tafakkur, mengadakan muhasabah ( menghitung diri ), muraqabah ( mendekatkan diri pada Allah ), hampir tiada lagi sama sekali. Jangankan sholat malam, sedangkan sholat Isya' sahaja dijalankan sambil menahan ngantuk, fikirannya masih tertuju pada lain yang sifatnya keduniaan. Apalagi ketika melakukan sholat, TV tidak dimatikan, sebab anak isteri sedang menonton, Bagaimana
boleh khusyu? sedangkan untuk mengingati bacaannya sudah tentu dalam kesukaran.
Terlebih lagi kini semakin banyak pula program yang menarik, yang melalaikan manusia dari memikirkan erti kehidupannya sendiri. Semestinya sebelum masuk tidur, diluangkan waktu sejenak untuk berzikir. Kalau boleh, sholat dua rakaat. Kalau masih dapat dilakukan dengan membaca Al-Quran paling sedikit tiga surah terakhir atau tiga Qul, iaitu Qul Huwallahu ahad, Qul a'udzubirabbil falaq, dan Qul a'udzu birabbinnas, lalu ditutup dengan doa tidur. Tetapi alangkah ramai orang yang masuk tidur tanpa sengaja. Sambil berterusan menonton TV; lupa berzikir, lupa sholat, lupa berdoa ataupun mengadakan muhasabah. Malah jadual waktu tidurnya sahaja membuatnya tidak sempat untuk bangun tengah malam.
Kurangnya mengadakan perenungan dapat memberikan kesan yang buruk. Manusia tidak lagi mengerti untuk apa mereka bekerja. Mereka bekerja sekadar untuk mencari harta.
Setelah mendapatkan harta, digunakan semahu-mahunya. Tiada ada waktu lagi untuk berfikir, darimana datangnya harta itu.
Tidak ada kesempatan untuk merenung, apakah yang lain juga mendapatkannya? Tidak juga berkesempatan untuk menilai, halal atau haram pendapatannya; sebaliknya terus digunakan untuk apa sahaja tanpa berfikir panjang. Dalam benaknya hanya satu yang difikirkan, yang pasti saya dapat. Kita digalakkan untuk berfikir, darimana didatangnya, dan kemana dibelanjakan. Orang yang sudah pada taraf seperti ini hidupnya hanyalah sekadar untuk memenuhi hidup. Mereka bekerja, berjuang, berkorban, berdamai dan berperang, hanya untuk hidup, bahkan mereka mempertaruhkan hidupnya sekadar untuk hidup.
Mereka ini disindir Allah dalam firmanNya;
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati ( tetapi ) tidak mahu memahami dengannya ( ayat-ayat Allah ), dan yang mempunyai mata ( tetapi ) tidak mahu melihat dengannya ( bukti keesaan Allah ) dan yang mempunyai telinga ( tetapi ) tidak mahu mendengar dengannya ( ajaran dan nasihat );
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. "
Q.S Al-A?raaf : 179
Telinga mereka berlubang dan boleh mendengar, tetapi tidak mahu mendengarkan nasihat, cadangan, perintah dan larangan Zat yang menciptakan telinga. Inilah yang disebut telinga pasif oleh Allah. Bukan bererti telinga ini tidak aktif terhadap yang lain. Apabila musik dimainkan, nyanyian diperdengarkan, fitnah disebarkan, telinganya menjadi normal kembali.
Mata mereka juga celek, tetapi untuk membaca kalimah Allah mata itu menjadi rabun, malahan buta sama sekali. Berbeza tatkala melihat lenggang-lenggok artis, samada di pentas terbuka mahupun dikaca TV, matanya itu tiba-tiba menjadi jernih, sejernih kaca TV.
Mereka juga mempunya hati, tetapi sekadar gumpalan daging yang terbalut rongga dada.
Hati yang berupa qalbu tidak lagi dipunyai mereka, paling tidak sudah lama tidak terpakai. Usang, sukar dicari. Jika harus diaktifkan, masih perlu dibersihkan, diservice, bahkan mungkin dioverhaul dulu.
Firman Allah;
" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "
Q.S Al?Israa? : 36
Sebelum hari kita dipertanggungjawabkan, sebaiknya kita memanfaatkanya untuk
merenung, adakah ketiga‑tiganya sudah berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh Yang Menciptakan? Atau kita masih beralasan, belum ada waktu untuk bermuhasabah.
Wallahu'alam Bisshawab.
Sujud aku di kakiMu
Bersimpuh dalam lautan doa
Laa ilaaha illallaah
Memuja namaMu
Pada zikir-zikir tanpa batas
No comments:
Post a Comment