Assalamualaikum wr wb.
Sobahul khair, sobahunnur fil yaumil Jumaat Al Mubarakah! Hari Jumaat yang Berkat!
Mama mengingatkan anak anak mama yang belum membaca Surah Al Kahfi bolehlah mula dari sekarang (satu ayat demi satu ayat ) sehingga sebelum menjelang maghrib demi mendapat Nur ala Nur dari Allah Rabbul Jalil. Subahnallah!
......
Pagi ini mama nak share satu posting dari Pak Utih mengenai tips menyambut dan mengalu-alukan kedatangan ibu bapa atau mertua.
Jika mertua atau ibubapa antum datang berkunjung ke rumah atau bertandang sekejab elok dilayani mereka seperti berikut:
1. Apabila tahu sahaja mereka nak datang, cepat2 telefon tanyakan anggaran masa mereka sampai ke rumah. (Ini menyebabkan mereka rasa dialu-alukan)
2. Nada suara semasa bertanyakan masa mereka sampai hendaklah suara ceria seperti anda mendapat hadiah cabutan bertuah. (Ini menyebabkan hati mereka bertambah lega untuk singgah)
3. Cepat2 sediakan minuman kegemaran mereka atau sekurang-kurangnya air mineral dan sedikit buah atau biskut (jika tak sempat nak beli kueh) sebagai hiasan hidangan welcoming untuk mereka. (Ini akan menyebabkan diri mereka sangat dialu-alukan kedatangannya).
4. Jangan sekali-kali tanyakan kepada mereka, "Ayah dah makan ke?" atau "Ayah nak makan sini ke" sedangkan antum tidak menyediakan welcoming drink. (Ini menyebabkan mereka serba salah untuk menjawabnya..sudah semestinya mereka menjawab, "Ayah dan mak dan makan on the way tadi".
5. Tapi kalau antum telah hidangkan welcome drink, tidak apa bertanyakan soalan no.4 itu.
6. Bertambah runsing minda mereka apabila antum berkata, "Kalau mak dan ayah nak makan, saya nak kuar jab beli, dekat je" (Walaupun kedai itu dekat, ungkapan antum ini dirasai seperti kedatangan mereka menyusahkan antum).
7. Sebaik-baiknya hidangan makanan tersedia sebelum mereka duduk dihadapan meja kosong.
8. Untuk dapat melaksanakan perkara di atas, antum hendaklah berbincang membina S.O.P. "MENYAMBUT MAK DAN AYAH" suami isteri melayani mereka secara berpasukan.
9. Semasa mereka beredar meninggalkan rumah, lambailah mereka hingga mereka hilang daripada pandangan (ini menyebabkan mereka rasai betapa rindunya antum kepada mereka seolah2 tidak puas melayan mereka)
10. Bila mereka telah hilang daripada pandangan, doakanlah akan keselamatan mereka.
wassalam
Ahmad Shafiai Uda Jaafar
(Pak Utih)
Mobile: 019 336 0522
Dean Faculty of Education and Human Development
"Helping Boys Nurturing Girls in Early Childhood Education"
Kolej UNITI
Pasir Panjang
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia
www.uniti.edu.my
Larian Waktu terlalu pantas. Tidak terkejarkan. Ia ibarat pedang yang memotong kehidupan. Waktu yang terpotong hanya boleh diabadikan. Waktu yang diabadikan adalah tulisan kehidupan. Tulisan kehidupan mungkin dapat memberi makna, menjentik intuisi, memperkaya inspirasi,merakam masa lalu dengan kesyukuran, masa depan penuh harapan
Friday, June 29, 2012
Monday, June 18, 2012
Doa Solat Dhuha
Solat Dhuha menambah amalan puasa sunat hari isnin di bulan Rajab dengan mengharapkan hanya Rahmat dari Allah
Doa Perpisahan - Doa Rabithah
Berjumpa berpisah adalah sunnatullah , sebelum berpisah kita hayati doa rabitah pengikat hati penguat daya juang, sehidup semati dalam perjuangan li hukumiyatillah.....ukhuwah fillah...
Siruu fi amanillah
Siruu fi amanillah
CIRI CIRI IBADURRAHMAN
Subscribe to:
Posts (Atom)