Alhamdulillah pada hari Isnin malam Selasa, 23 Mac 2009 mama berpeluang mendengar kisah satu perjuangan dan kegigihan wanita dalam satu sesi perkongsian Jihad Wanita Palestin di Gaza. Dua orang Mujahidah Gaza itu ialah Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi – pengganti Sheikh Ahmad Yassin Pengasa Hamas) dan seorang lagi Puan Nadia (Ummu Umar yang merupakan isteri kepada Abu Musa Al Marzuq- salah seorang Pemimpin Hamas).
Puan Rasya berucap dalam Bahasa Arab fus-hah, ucapannya diterjemahkan dalam bahasa melayu oleh seorang pensyarah (professor) UIA, dengan amat berkesan sekali. Walaupun mama boleh memahami serba sedikit penyampaian bahasa arab Puan Rasya, apabila Professor menterjemahnya mama bertambah jelas dan faham, namun semangatnya, aura daya juangnya meresap dan menjalar dalam jiwa mama. Sungguh teruja. Ketenangan, kepasrahan, keceriaan tergambar dalam wajah nya. Tiada nada kesal dan keciwa dalam suaranya. Tiada kegusaran tiada kedukaan, tiada kegundahan. Mukanya yang sentiasa tersenyum, mimik mukanya yang ‘pleasant’ dan ‘welcoming’ menggamit kasih sayang kita. Wah beginilah wajah wajah yang telah merasa nikmat perjuangan dan jihad dijalan Allah. Seolah ia melihat syurga. Maka dunia tidak ada apa-apa.
Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".
Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan semangat dan kekuatan wanita yang beriman. Kita jadikan ia role model wanita sehebat khadijah zaman ini, contoh tauladan bagi kaum wanita di negara-negara umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun, mempunyai 7 orang anak dan 20 orang cucu, beliau masih mampu berjaulah, berkongsi resipi perjuangan, menyalakan semangat jihad di pelusuk dunia utnuk wanita, demi menyampaikan kebenaran dan menegakkan keadilan dan mengembalikan kedaulatan negara Palestin. Tidak nampak lansung perasaan lemah dan gentar, sedih dan keciwa. Cita citanya hanyalah satu ia itu berjihad untuk membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.
Di akhir penyampaiannya, mama berpeluang memeluk dan mencium Rasya Rantisi itu dengan pebuh sambutan kasih sayang dan kemesraan hub fillah, semoga mendapat inspirasi dan tularan daya juang dan imbauan syahid. Mama merasa seronok, bangga dan terharu sebab dapat bertemu muka dan memeluk seoran isteri syuhadak di alam nyata dan di zaman ini.
Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan 23 hari bermula pada 27 Disember hingga 18 Jan 2009. di Gaza. Israel merancang serangan awal yang memulakan peperangan ini ahanya akan berlnsung selama 3 hari, apabila Hamas ranap di Gaza maka dan Israel berjanji akan melantik Mahmud Abbas menjadi penguasa Gaza. Takdir Allah menentukan selepas 23 berperang habis habisan, Hamas menang peperangan itu. Mahmud Abas malu mengggit jari. Israel tersempar dituding jari oleh Turki dan kini Mahkamah antarabangsa sedang mendakwa askar Israel sebagai penjenayah perang. Allah akbar!
Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan tetapi ia satu tajribah yang kita boleh ambil pengajaran dan bekalan dalam perjuangan kita menegakkan Islam di bumi yang kita pihak.
1. Menurut Nadia (Ummu Umar) matlamat Israel ada 5 dalam peperangan ini:
a. Menghancurkan terus infra stuktur Hamas
b. Menghentikan roket Hamas
c. Menghancurkan tunnel (terowong) Hamas
d. Melantik PLO aka Mahmud Abas sebagai penguasa Gaza
e. Menguji ’chemical weapon’ (arahan Bush) yang baru
2. Israel gagal mencapai matlamatnya kecuali hanya satu, ia itu agenda yang no. e(5) sahaja. Mereka berjaya menguji dan menggunakan senjata kimia (white phosporous yang very damaging) keatas rakyat Gaza. Akibatnya sangat dahsyat. Seorang doktor bercerita senjata kimia itu menyebabkan rakyat gaza yang terkena mengalamai pendarahan yang tidak boleh dihentikan. Ada rakyat Gaza yang matanya terjojol keluar dan sejenis air terus mengalir dari seluruh wajahnya tanpa hentinya. Bisanya tidak terperi.
3. Roket roket yang dilancarkan oleh Hamas adalah hasil buatan tangan tangan wanita Hamas. Tangan mereka menggelupas dan terkopek kerana membuat roket roket tersebut. Itu adalah aktiviti’Cottage industi’ wanita Hamas dan Palestin. Mereka terus terus an mengeluarkan roket itu.
4. Dalam suasana peperangan kelahiran tetap berlaku. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman. Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.
5. Seorang kanak kanak lelaki berumur 7 tahun kehilangan kedua kakinya memohon agar diberikan kaki palsu, ”aku mahukan kaki kayu. kaki itu bukan untukku bermain tetapi untuk ku berperang berjihad membebaskan Palestin. Beirkan kaki baru ku!
6. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."
7. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."
8. Selama 23 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,450 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.
9. Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"
10. Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta banyak sekolah sekolah hancur luluh keana pengeboman Israel.
Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunannya.
11. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah runtuhan akibat bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan.
12. Inilah kisah benar sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi. Walhal sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.
13. Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.
14. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.
15. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.
16. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka dan pengorbann mereka berganding bahu dengan para mujahid mereka.
17. Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.
18. Sempat juga dia berkongsi mengenai ceroita dari bibliografi Golda Meir (bekas perdana menteri israel semas aprang Israel 1967) . Golda Meir merancang waktunya dalam pengurusan masa, Memang Golda Meir jahat tetapi kerja kerasnya dan doanya untuk menjadikan 24 jam kepada 48 jam boleh kita ikuti.
19. Inilah kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:
1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka
Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.
Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.
Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka.
Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.
Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika eperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.
Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang baru.