Pada pagi Selasa (26 Feb 08) yang lalu, mama, papa dan Aalaa' balik kampung di Muar, untuk menziarahi jenazah Al Marhumah Pwang Accah (adinda kepada Pwang Mindi- nenek kita) yang menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Isnin jam 3.30 petang (umurnya sekitar 90an hampir 100 tahun). Mula mula marilah kita bacakan fatihah buat Pwang Accah, semoga rohnya di rahmati Allah dan segala dosanya di ampuni oleh Nya Al Ghafur yang maha pengampun.
Hati mama rasa terusik dan sayu teringatkan kisah nostalgia lama semasa bersama dengan Pwang sejak dari kecil hingga dewasa.
Mama pernah hidup sekampung dengan Pwang Accah sejak dari masa kecil di Sg Pulai tahun 60 han. Apabila berlaku krisis keluarga terhebat(Perang Besar akan diceritakan lain kali) dalam sejarah keluarga besar kita, maka keluarga kita semua berpecah-pecah dan berpindah randah keluar dari Kg Sg Pulai. Atok Yek+ Nenek (termasuk, Paklong Dalek, Mama, Pakcik Mohd. Lamappa, Auntie Kamaliah & auntie dayat)dan Pwang Mindi +Pwang Hj Hamid pindah ke Batu 4 Kg Jawa Endau Pahang. Manakala keluarga Pwang Accah + Pwang Jafareng pindah ke Batu 7,Tenglu, Mersing.
Walaupun pun telah diistiharkan perang dan berpatah arang. Namun kata orang air dicincang tidak akan putus. Demikianlah hubungan Pwang Accah dengan Pwang Mindi. Pwang Accah tidak dapat berpisah lama dengan kakaknya yang amat disayang itu, maka beberapa bulan kemudian dia sekeluarga berpindah mengikuti jejak kakaknya di Kg Jawa Endau Pahang. Tahun tahun terus berlari dengan beberapa episod perjuangan meneruskan kehidupan, mereka akhirnya kembali semula ke kampung halaman di Sg Pulai apabila sudah puas merantau di negeri orang. Disitulah mereka berdua disemadikan.
Pwang Accah adalah woman of substance!, malah semua adik beradik perempuan Pwang Pwang kita adalah turun temurun merupakan woman of substance. Full of heroic deeds and mercifulness. Kata kunci kehebatannya terletak pada " Pemurah Hati" kerana suka berderma fi sabillillah dan penyayang pengasih kepada anak anak cucu. Mereka tu semuanya bersemangat dan kuat kerja di kebun kebun mereka, pada umur masing masing mencecah 80 han masih mampu menajak rumput dan mengusahakan kebun sawit masing masing walaupun dengan berkesot (apa tu berkesot? cari dictionary) . Mereka punya wawasan kerja kuat untk dapatkan wang yang di tujukan untuk infaq fi sabilillah. Pantang orang datang minta derma, tidak pernah orang tersebut pulang dengan tangan kosong. Mesti ada, tak sedikit banyak. Bayangkan seorang Pwang berumur 80an yang mengusahakan kebun sawit mudah mudah sahaja mengeluarkan wang RM1000 atau RM2000 sekaligus untuk derma buat surau? kalau ditanya dengan orang bandar yang gaji RM10,000 sebulan belum tahu boleh bagi selepuk sebanyak itu?
Sebaik mama sampai rumah terakhir nya (rumah anaknya bernama Makcik Khatijah aka Upek) wahhhhh dah penuh rumah. Ini lagi satu ironi. Pwang Accah ada rumah sendiri yang didirikan di tanah nya sendiri. Apabila Pwang Jafareng (suaminya meninggal dunia), tanah nya itu dibahagi2kan kepada anak anaknya, tanah tapak rumahnya di berikan pada seorang anak lelakinya(W). Tak tahu macamana ceritanya, Pwang itu kena keluar dari rumahnya dan tingggal di rumah anaknya, Upek di bandar Pagoh. Pwang minta upek tinggal bersamanya kerana di Pagoh pun mereka menyewa rumah. Namun oleh kerana Upek tidak sebulu dengan abangnya, W tak izin. W yang mewarisi tapak rumah itu. FYI, W tidak tinggal dirumah itu, kerana dia sekeluarga telah menetp di bandar Muar, namun dia tidak benarkan si Upek duduk dirumah Pwang yang diwarisi nya itu kerana ada masalah adik beradik. Maka Upek pun buat rumah baru berdekatan dengan rumah pwang sebab nak jaga Pwang yang tinggal sendirian di rumah itu. Rumah Pwang itu pula sudah didiami oleh cucu yang merupakan anak kepada W. Semasa memandikan jenazah Pwang, anaknya W lansung tidak kelihatan apatahlagi menolong memandikan jenazah ibunya. Anak Pwang ada 3 lelaki dan 4 perempuan. Seorang perempuan, Makcik Timang anak sulong Pwang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas. Jadi hanya anak lelaki bungsu bersama dan 3 kakaknya yang memandikan jenazah ibunya.
Pengajarannya apabila adik beradik tidak sebulu maka sang ibu menjadi mangsa.
Ramai yang datang, sedara mara, kawan-kawan, lelaki perempuan. kecil besar, muda dan tua. Sayang seribu kali sayang, hanya beberapa kerat sahaja yang mensolatkan jenazah. Kaum Adam lebih kurang 20 orang (padahal yang bersidai di laman memang lah lebih ramai) yang solat jenazah dan kaum hawa nya pula boleh dikira dengan jari sebelah tangan, auntie dayat, mcik Hajrah, seorang jiran terdekat berpangkat nenek dan mama. Apakah agaknya yang menghalang mereka untuk solat? tak tahu? kan boleh ikut sahaja sebagai makmum? tak biasa? mungkin?
Peristiwa ziarah kematian ini membuat Mama rasa sangat sedih dan merefleksi diri apabila melihat fenomena layanan anak anak kepada ibu mereka. Kata kata dari seorang kawan mama dibawah boleh dijadikan cerminan buat kita semua. Manalah tahu mungkin madah kawan mama ini boleh menjadi tazkirah buat kita semua.
Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita. cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kancermin tingkap jiran.menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan pontengkelas.berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke ipta,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayaryuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengankawan-kawan.berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,kita kata, "? itu bukan urusan ibu."setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibuuu,tooooolonglahhh? ."ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"? itu dulu, sekarang zaman moden."ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehanair mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.jika ibu masih ada, sayangi dia. jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.