Thursday, October 06, 2011

Rukun Usrah revisit

Rukun Usrah

Usrah[1]...ukhwah Fillah ya sahabats

Pusat- Pusat Asuhan Organisasi

Instrumen ‘usrah’ merupakan salah satu dari pusat-pusat pemberdayaan organisasi dan jamaah. Usrah merupakan batu bata kepada binaan organisasi dan alat penghubung qiyadah dan jundiyyah. ‘Usrah’ boleh diumpamakan sebagai pusat asuhan organisasi dalam tajuk ‘usrah dari zero menjadi hero’..

Usrah sebagai satu pusat asuhan organisasi berdiri di atas tiga rukun utama iaitu :

1. Taaruf

  • Ia merupakan rukun pertama dan terpenting. Tanpanya tidak akan terhasil dua rukun selepasnya.
  • Dengan taaruf inilah akan lahir perasaan kasih sayang dan merasai ukhuwwah islamiyah yang sebenarnya. Ahli-ahli akan berusaha menghilangkan perkara yang boleh membawa kekeruhan dalam perhubungan.
  • Ahli-ahli cuba mengaplikasikan makna ukhuwwah dari tuntutan al-Quran dan Hadis :

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu sebenarnya bersaudara”

“ dan berpegang teguhlah kamu dengan tali allah dan janganlah berpecah belah…”

Sabda Rasulullah SAW : “ seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain” ( riwayat Bukhari dan Muslim).

Seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi dan membiarkan saudaranya dizalimi..” ( riwayat Bukhari : Fathul Bari : 2334)

  • usrah2Antara contoh taaruf ialah setiap akh perlu tahu akh seusrah tentang nama, tempat tinggal, pekerjaan,berkenalan dengan ahli keluarganya, bapanya, adik beradiknya, tahu realiti sosialnya dan lain-lain lagi.
  • Generasi sahabat adalah contoh unggul dalam mempraktikkan makna taaruf di dalam masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah SAW.
  • Amali kepada rukun taaruf ini ialah :

1. Setiap akh bertanya dirinya, sejauh mana dia pernah menziarahi rakan usrahnya.

2. setiap akh bertanya, adakah dia bertanya khabar akh seusrahnya.

3. Adakah ada dalam hatinya , sahabat seusrahnya merupakan sahabat yang terbaik.

4. Adakah dia mengenali ahli keluarga, nama anak-anak, tempat tinggal setiap ahli seusrahnya.

5. Adakah dia membalas kunjungan balas ziarah setiap ahli usrahnya.

2. Tafahum

  • Rukun kedua pula ialah tafahum ( saling faham memahami). Rukun faham ini bertujuan agar setiap akh sentiasa istiqamah atas manhaj kebenaran dan melaksanakan apa yang diperintahkan allah dan meninggalkan larangannya.
  • Mereka saling bermuhasabah atas ketaatan dan maksiat dan saling memberi nasihat jika melihat kekurangan yang ada pada akh mereka. Setiap akh bersedia memberi nasihat pada akh yang lain manakala akh itu pula bersedia menerima nasihat tersebut.
  • Jika akh itu tidak mampu merubah akh yang lain dengan nasihat, hendakalah ia menggunakan saluran murabbi. Murabbi akan membantu menyelesaikan dan membaiki kelemahan akh tadi.
  • Nasihat tadi diberikan dengan penuh lembut, pandangan kasih sayang. Akh yang menerima nasihat tersebut, sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada, tidak membalas dengan kata-kata yang kasar, berubah persepsi pada akh sehalaqah. Ini kerana kasih sayang kerana allah adalah setinggi martabat dan nasihat adalah bahagian dari rukunnya.Peringkat paling rendah salamatus sadr ( sejahtera hati) dan paling tinggi ithar ( mengutamakan akh dari dirinya).
  • Perkara yang kedua untuk membina tafahum ialah sikap saling taghafur ( mendoakan keampunan) pada akh seusrah. Sentiasa kita mendoakan kesejahteraan, kethabatan dan keampunan buat akh kita agar sentiasa dalam momentum dakwah dan perjuangan.
  • Antara contoh amali kepada tafahum ialah :
  1. Adakah anda pernah meminta nasihat dar akh anda.
  2. Adakah anda rasa sempit dada atas nasihat akh anda.
  3. Adakah anda bertanya dan meminta pandangan dari murabbi anda dalam urusan hidup anda.
  4. Adakah anda bersedia menerima teguran dari murabbi anda.
  5. Adakah anda berlapang dada dengan nasihat murabbi anda.
  6. Adakah anda sentiasa berdoa setiap solat untuk akh anda ?

3. Takaful

  • Takaful pula bermaksud setiap akh akan memikul beban akh yang lain sebagai bukti ketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah.
  • Setiap akh hendaklah saling berjanji setia untuk melakukan kebaikan, prihatin, segera membantu jika ada kesulitan yang menimpa akh lain.
  • Serendah-rendah takaful ialah memberi bantuan apabila diminta, paling sederhana ialah membantu dengan kadar hajat yang diperlukan dan takaful yang paling tinggi ialah memberi bantuan walaupun tanpa diminta.
  • Rasulullah SAW bersabda : “manusia yang paling disayangi ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain, sebaik-baik amalan pula ialah memberikan kegembiraan pada saudara seislam, menghilangkan kesusahannya, melunaskan hutang, menghapuskan kelaparannya, sesungguhnya aku suka berjalan bersama saudaraku untuk menunaikan hajatnya lebih aku sukai dari beriktikaf di dalam masjid ini sebulan…”

  • Antara contoh amali rukun takaful :
  1. Adakah anda mengambil berat keperluan dan kesulitan akh anda.
  2. Adakah anda segera membantu akh anda yang ditimpa kesusahan.
  3. Adakah anda berkira-kira dengan sumbangan yang diberikan.
  4. Adakah anda bertanya pada akh anda keperluannya.
  5. Adakah anda menabung untuk meringankan keperluan dan kepayahan akh anda.

Semoga ketiga-tiga rukun ini mampu menjana usrah yang efektif, kondusif, proaktif dan positif.

No comments: