- Doa berbuka yang lebih baik dan paling kuat#Doa Buka Puasa yang Benar dan Salah~http://referensiislam.blogspot.com/2012/07/doa-berbuka-yang-benar-dan-yang-salah.htmlAssalamualaiku, Ustadz1. Dari Ibnu Abbas, ia berkata : “Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan: Allahumma Laka Shumna wa ala Rizqika Aftharna, Allahumma Taqabbal Minna Innaka Antas Samiul ‘Alim.” (artinya: Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan atas rezeki dari-Mu kami berbuka. Ya Allah! Terimalah amal-amal kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui). (Riwayat Daruqutni di kitab Sunan-nya, Ibnu Sunni di kitabnya ‘Amal Yaum wa- Lailah No. 473. Thabrani di kitabnya Mu’jamul Kabir).
Larian Waktu terlalu pantas. Tidak terkejarkan. Ia ibarat pedang yang memotong kehidupan. Waktu yang terpotong hanya boleh diabadikan. Waktu yang diabadikan adalah tulisan kehidupan. Tulisan kehidupan mungkin dapat memberi makna, menjentik intuisi, memperkaya inspirasi,merakam masa lalu dengan kesyukuran, masa depan penuh harapan
Thursday, July 03, 2014
Friday, June 27, 2014
Surah Maryam
Surah Maryam dan Rindu Ramadhan
InsyaALlah Lusa hari Ahad 29hb Jun 2014 kita akan bertemu Ramadhan. Maka
sama-samalah kita berdoa dan mengaminkan doa orang orang soleh menjelang Ramadhan,
“Ya Allah selamatkan lah aku di bulan Ramadhan, dan selamatkanlah Ramadhan bagiku dan terimalah Ramadhan itu bagiku”.(Imam Yahya ibn Abi Kathir rahimahullah,
wafat 130H dan guru kepada Imam al-Awza`ei rahimahullah).
Oleh kerana itu, enam bulan sebelum
datangnya Ramadhan, para salafussoleh dahulu, memohon kepada Allah agar mereka ditemukan
dengan Ramadhan. Kemudian selama enam bulan selepas itu bakinya, ia memohon dan
berdo’a agar amal-amal mereka di bulan Ramadhan diterima oleh Allah. Jadi tiada hari yang berlalu tanpa
kerinduan. Tiada bulan yang terlepas tanpa permohonan. Untuk sebuah bulan yang
sangat mulia yang bernama Ramadhan.
Rasa rindu akan kehadiran momen-momen
istimewa seperti itu, memberikan kita rasa ghairah untuk terus berharap, terus
meminta ampun, terus memohon rahmah dan maghfirah. Hubungan kita dengan Allah
tidak terputus. Kita bertekad menyediakan diri untuk kedatangan saat-saat
istimewa tersebut.
Cinta
kepada Allah, sebagai focus utama, maka kita aktifkan minda suci, segarkan & perbaharui iman dan
gandakan amal soleh kita untuk ditujukan dan ditunjukkan kepada Allah. Iman dan
amal soleh itu kedua-duanya mesti bergandingan. Jika salah satu tidak ada,
sia-sia jadinya
Satu
ketika dahulu, ada seorang yang soleh yang mengisi malam-malam di bulan Ramadhan
dengan membaca AI-Qur’an. Ketika bacaannya sampai pada ayat 96 di surah Maryam
yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak
Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang,”. Terus menerus beliau mengulangi ayat tersebut
hingga subuh tiba. Tanpa disedari, seorang muridnya, menyaksikan gurunya itu
sejak semula dan hairan, mengapa ayat itu ia baca berulang-ulang hingga subuh. Dengan
rasa ingin tahu yang tinggi dia menemui gurunya untuk bertanya.
“Berjanjilah
kepadaku bahwa kamu tidak akan menyampaikan rahsia ku ini kepada orang lain,
mengapa aku melakukan ini,” jawab gurunya ketika murid itu bertanya.
“Ya,
aku berjanji untuk merahsiakan nya, selagi tuan masih hidup, jadi beritahu lah
kepada aku apa yang engkau rasakan dengan mengulang-ulang ayat itu,” Ianjut
muridnya.
“Ketika
aku mengulang ayat itu, terasa di dalam hatiku perasaan cinta antara hamba
dengan Tuhannya. Maka aku begitu menikmati perasaan itu. Dan, setiap kali aku
mengulang lagi ayat itu, bertambah pula perasaan cinta dan nikmatnya itu di
dalam hatiku.”
Siapa
sahaja yang sampai ke tahap begini, akan merasakan kehangatan cinta dan asyik
dengan situasi ini, pasti merindukan saat-saat seperti itu tetap terjadi. Siapa
sahaja yang merasakan cinta dari dan untuk Allah, akan terus mengulang-ulang
ayat cinta di surah Maryam itu di malam-malam Ramadhan yang penuh barakah.
Jika
terbaca surah ini sebelum Ramadhan, dia akan tersangat rindu untuk menemui Ramadhan.
Tidak
ada orang yang merasa rugi, selagi mereka memiliki rasa rindu untunk melakukan aktiviti
dalam pesta ibadah bulan Ramadhan. Rindu Ramadhan kerana rindukan kasih cinta Allah.
Di
hujung kerinduan terbesar seorang Mukmin yang terus dipupuk, adalah kerinduan
untuk berjumpa dengan Allah, dalam keadaan beriman, berhati bersih, dan dapat
melihat Nya dengan mata ketika di Syurga kelak.
Kita
perlu membiasakan diri memupuk rasa rindu itu. Menguatkan rasa harap. Membesar
keinginan untuk menikmati saat-saat indah dalam beribadah. Hati kita punya
karakter sendiri. Jiwa kita punya rasa tersendiri. Santapan rohani kita penuhi
dengan ibadah dan mendekatkan diri kepada penciptanya. Agar kita tidak sampai
lapar jiwa dan dahaga hati, kerana kita tidak memberikan makanan untuknya.
Rasakan
lah hari ini seakan sudah Ramadhan, inilah cara sederhana kita untuk membuktikan
cinta kita kepada Allah. Kita mengharapkan pengakhiran yang lebih besar, rindu
dan cinta untuk bersua dengan Allah, melihat wajah-Nya, tanpa ada aral dan
fitnah yang menghalang.
Adaptasi
dari Majalah Tarbawi Syaaban 1431
Friday, June 20, 2014
Menangislah.......kerana .....
Assalamualaikum wr wb.
Dear all yang dirahmati Allah,
Adakah hari yang terbaik dalam seminggu kecuali hari Jumaat.
Hari jumaat menjadi terbaik ketika kita mengamalkan amalan-amalan sunat
hari Jumaat termasuk membaca surah Al Kahfi.
Kadangkala apabila kita membaca surah Al Akhfi kita akan
merasa sebak dan menitis airmtaa apabila kita terbaca beberapa ayat yang amat
menyentuh dan hampir kepada diri kita.
Menangislah ! kerana menangis bukan kerana lemah tetapi
kerana kita punya HATI.
Menangis adalah sebuah ekspresi jiwa manusia yang berbagai
wajah dan rasa.
Kita perlu menangis, bukan kerana lemah, tapi kerana kita
mempunyai hati yang mampu memberi respon terhadap segala keadaan dan
peristiwa dalam kehidupan ini. Menangislah kerana kita punya hati yang
membuktikan bahwa kita manusia yang masih mempunya rasa.
1.
Menangislah, kerana hati mempunya rasa duka
Rasulullah SAW berjiwa kukuh melebihi batu karang, pendirian
baginda lebih kuat dari gunung-ganang dan kesabaran baginda hebat
melebihi dari yang dimiliki oleh semua makhluk yang ada. Namun baginda juga
berduka.Baginda menitiskan airmata setiapkali teringatkan bondanya Siti Aminah
yang wafat semasa baginda masih kecil. Airmata duka mengalir yang deras ketika
Ibrahim putera beliau meninggal dunia. Sehingga Abdurahman bin Auf
menegur "Engkau menangis, wahai Rasulullah?". Beliau menjawab,
"Sungguh, ini merupakan rahmat Allah. Mata menangis dan hati berduka, dan
kita hanya mengatakan apa-apa yang diredhai Allah."
Kita menangis bukan kerana lemah, tapi kerana kita memiliki
hati yang mampu berduka. Ketika merasa sedih menangislah untuk kesedihan itu,
tetapi tidaklah berlebihan, kerana ungkapan hukama, “khairul umuri
awsathuha”, sebaik sebaik urusan adalah pertengahan (tidak berlebihan). Setelah
menangis kita akan dapat kembalikan kesegaran jiwa yang dipenuhi
keikhlasan dan ketulusan.
2. Menangislah, kerana hati ada rasa Empati
Hati yang jernih tidak tergamak melihat kesusahan yang
dideritai oleh orang lain. Hati yang bersih seringkali mudah terbawa oleh
kesulitan orang lain. Acapkali kita melihat pemimpin yang mempunya hati,
menyeka air mata bila melihat rakyatnya hidup sengsara. Orang kaya yang budiman
menitiskan air mata bila melihat penderitaan insan yang melarat. Pejuang
keadilan tidak akan membiarkan orang lemah hidup tertindas, terpenjara dalam
ketidakadilan.
Umar bin Khatab ra, adalah sahabat yang dikenali mempunyai
peribadinya yang garang, berani, tegas dan keras. Namun air matanya begitu
mudah terburai sehingga air matanya mengukir garis hitam di wajahnya, yang
kelihatan seperti air sungai dari sebuah sumber mata air.
3. Menangislah, kerana hati memahami betapa beratnya beban “
Tanggung Jawab”
Kadangkala kita lupa bahwa jawatan yang kita pegang dalam
apa bentuk sekalipun adalah “tanggung jawab” yang boleh menjadi bara api dalam
kehidupan dunia dan akhirat. Sering kali kita memandang nya sebagai sesuatu
prestij atau anugerah kerana kehebatan kita. Namun itu bukan hakikatnya. Oleh
kerana itu insan soleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz menangis ketika dilantik
menjadi khalifah. Sehingga ditegur oleh isterinya "Apa yang Engkau
tangiskan?", beliau menjawab, "Wahai isteriku, aku telah diuji oleh
Allah dengan jawatan ini, dan aku kini terbayang wajah wajah orang yang miskin,
ibu-ibu yang menjadi janda, anak mereka banyak, harta mereka sediki, aku
teringat orang-orang yang dalam tawanan, para fuqara kaum muslimin, aku tahu
mereka semua ini akan menuntut dariku di akhirat kelak, dan aku bimbang tidak
dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khilafah sebab aku tahu yang menjadi
pembela mereka disana adalah Rasulullah saw."
Tangisannya adalah tangisan rasa tanggung jawab yang keluar
dari hati yang tulus dan mengerti betapa beratnya tanggung jawab itu. Umar bin
Abdul Aziz yang dikala itu baru berusia 36 tahun. Namun hanya dalam masa 2
tahun 5 bulan 5 hari pemerintahannya, ia mampu memperlihatkan hasil (KRA &
KPI) yang luar biasa.
Pemerintahannya membawa kesejahteraan, sehingga tidak ada
lagi orang Islam yang menerima zakat, sebab kehidupan mereka sejahtera dan
makmur.
Beliau menangis kerana mempunya hati yang memahami dan
meresapi bahwa beban dari tanggungjawab itu tidak mudah. Oleh otiu dengan kerja
keras kita membuktikan bahwa kita memang layak diberi tanggung jawab. Agar di
akhirat kelak ia mampu meringankan persoalan persoalan di hadapan Allah swt.
4. Dia menangis, kerana hati mempunyai kegelisahan
Satu hari selepas solat subuh, khalifah Ali berpidato
mengenai keadaan umat Islam yang kian tidak setabil, kegelisahan berkumpul
dihatinya, berbalut rasa tanggungjawab atas kejadian-kejadian menimpa umat yang
menyebabkan perpecahan dan dan provokasi. Dari kegelisahan itu air
matanya terburai dan kata-katanya terputus-putus. Baginda menangis kerana
peperangan antara umat Islam kerap terjadi (umpamanya perang Shiffin dan perang
Jamal). Perebutan simpati, kekuasaan serta gejolak politik tak kunjung reda.
Sehingga klimaksnya Khalifah Ali terbunuh.
Kita menangis bukan kerana kita lemah, tapi kerana
kegelisahan perpecahan umat. Perpecahan tidak mungkin membawa kita pada kemajuan
yang dicita-citakan. Perselisihan tidak akan mengantarkan kita pada kemenangan.
bahwa pertikaian tidak akan memberi kita izzah, yang membuat musuh-musuh kita
takut dan hormat.
Hati yang menangis akan membangkitkan semangat kita untuk
bekerja dan berbuat, agar kita bersatu padu ataupun setidak tidaknya kita
memelihara hubungan sillaturrahmi yang baik.
5. Kita Menangis, kerana hati Punya Rasa Takut
Inilah yang paling berharga..Air mata yang membawa
keselamatan kita di akhirat. Menangis kerana takut haraf dan cinta kepada Allah
. Airmata ini membuktikan kehambaan dan kecintaan kepada Allah.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Air mata yang
dititiskan oleh seseorang akan mengharamkan tubuhnya dari sentuhan api neraka
dengan izin Allah. Apabila air matanya mengalir di pipi maka wajahnya tidak
akan dikotori oleh debu kehinaan. Waima jika salah seorang dalam suatu kaum
menangis, maka seluruh kaum itu dirahmati. tidaklah ada sesuatu pun yang tak
mempunyai had dan batasan kecuali air mata, sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka."
Namun tiada air mata yang menenangkan jiwa ‘nafsul
muthmainnah’ kecuali air mata taubat.
(Pemahaman dari Majalah Tarbawi)
Friday, July 13, 2012
Tiada istilah pencen dalam dakwah dan kehidupan
Semasa mendengar ceramah dari seorang Sheikh mengenai tanggungjawab dakwah dan memberi khidmat kepada insan dalam kehidupan mama insaf dan menyedari memang tidak ada masa rehat di dunia, kita hanya akan berehat apabila baring di dalam kuburan. Itupun jika cukup amalan di dunia. Seorang sahabat memberikan 10 sebab mengapa dia tidak suka 'pencen':
10 Reasons why people do not wish to retire
- Need the maximum salary before one will decide to call it quits
- Need to feel employed
- Feel unstable if retired
- Feel lonely if retired
- Nobody likes a retired person
- Retirement has a stigma of little money
- Retirement means a person is no longer able to perform anything good
- A retired person is useless unless proven otherwise
- Retirement means one gets <50% last pay (too little for survival as things are costly)
- Retirement means one is no longer needed, no longer desired and therefore useless
Wednesday, July 11, 2012
Jangan Biarkan Hati Ini Menghitam
Jangan Biarkan Hati Ini Menghitam
[Mengapa
saya perlu hadir ke Talk Show : “From a broken heart to Tranquility”, kerana
saya tidak mahu membiarkan hati saya menghitam ….] ...hmmmm...FYI lokasi program berpindah ke The Plaza Hotel Jalan Raja Laut. Mudah transportation menggunakan LRT dan Monorail (note: The Plaza Hotel Kuala Lumpur,
Malaysia is served by two Light Rail Transit Systems. The station are
The Sultan Ismail STAR LRT station and the Medan Tuanku Monorail Station
which are located within a few minutes walk from the hotel and provides
services to many part of Kuala Lumpu
Ya Tuhanku,
mengapa Engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta, padahal dahulu aku dapat
melihat?” Allah berfirman, Demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat
Kami, dan kamu mengabaikannya, Jadi begitu pula pada hari ini kamu diabaikan.” (Al Quran
Surah Taha: 125-126).
Ayat yang membuat hatiku bergetar hebat. Takut hati ini sungguh takut. Yaa Rabb, bagaimanakah nasibku di Hari Akhir nanti? Apakah hamba termasuk ke dalam golongan yang dihinakan, diabaikan oleh-Mu? Dikumpulkan dalam keadaan buta? Betapa mengerikan! Bayangkanlah… Dikumpulkan dalam keadaan buta … Tuhan kita mengabaikan kita, dan kita pun terhalang memperoleh kelazatan memandang wajah Allah! Na’udzubillah…
Di dunia ini kita telah dianugerahkan dengan berbagai nikmat yang sangat banyak dan besar nilainya , mata yang dapat melihat, telinga yang dapat mendengar, mulut yang dapat berbicara dan juga akal yang dapat berfikir. Bayangkan bila detik ini Allah tiba-tiba mencabut nikmat mata, nikmat telinga, nikmat mulut, dan nikmat akal dari kita, apa yang dapat kita lakukan?
Maka, sudahkah kita bersyukur? Menggunakan mata, telinga, dan akal untuk mengambil pelajaran? Merenungkan dan mengambil pelajaran dari ayat-ayat-Nya? Dengan kurnia panca indra dan akal dari Allah, adakah kita semakin mendekatkan diri kepada Allah?
Atau sebaliknya mata, telinga, mulut juga akal kita gunakan untuk melakukan maksiat? Kita gunakan nikmat Allah dengan menuruti hawa nafsu, mata yang menjalang pandangan, mulut yang berdusta, telinga yang mendengar hiburan yang lagha dan melalaikan , hati yang kotor penuh mazmumah, kalbu yang lalai mengingat-Nya, dan akal yang tidak mau mengambil pelajaran, mengabaikan ayat-ayat-Nya…
Padahal kita amat tahu bahawa mata, telinga dan hati kita sungguh-sungguh akan diminta pertanggungjawabannya…
Di dunia ini ada manusia yang dikatakan oleh Allah telah buta. Bukan, bukan matanya yang buta, tetapi hatinya yang buta.
Sebagaimana dalam firman Allah Swt:
“Sesungguhnya bukan penglihatan ini yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada.” (Al Quran Surah al Hajj: 46)
Mengapa mata hati menjadi buta? Kerana dalam hati tidak ada cahaya. Bukankah kita dapat melihat kerana adanya cahaya? Begitu pun mata hati kita perlukan cahaya. Cahaya dari Allah, Sang Pemilik cahaya.
“Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, dan tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, yaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan di barat, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya dia atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. An Nur: 35)
Saya teringat sebuah hadis: “Apabila hamba melakukan dosa, muncul goresan hitam di hatinya. Jika ia melakukan dosa lagi, goresan hitam bertambah. Bila ia berterusan begitu, hatinya menjadi hitam.”
Mungkin inilah penyebab butanya mata hati. Hati menjadi hitam kerana dosa! Sehingga cahaya Ilahi tidak mampu tembus ke dalam hati yang hitam ini!
Rasulullah Saw melanjutkan, “Namun, jika bertaubat, hatinya menjadi bersih dan terang.”
Alhamdulillah… Masih ada kesempatan untuk membersihkan hati yang penuh dengan goresan hitam, sehingga hati kita kembali bersih, sehingga cahaya Ilahi dapat dengan mudah masuk ke dalam hati ini.
Jangan!, jangan biarkan hati kita menghitam, berkarat, dan kemudian membatu. Bahkan menurut Allah, batu pun lebih baik dari hati kita!
“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada air yang mengalir sungai-sungai daripadanya, dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antara sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah…” (Al Quran Surah. Al Baqarah: 74)
Tidakkah kita sebagai seorang mukmin malu ketika membaca ayat ini? Bahkan batu pun jatuh meluncur kerana takut kepada Allah! Adakah hati kita takut kepada Allah? Takut tatkala melakukan maksiat dan dosa? Takut akan azab dan siksa-Nya yang teramat keras?
Rasa takut menuntunku untuk bersegera menghadap Allah, mengambil air wudhu… khusyuk, rukuk dan sujud kepada-Nya, bersimpuh memohon ampunan-Nya…
Duhai Rabb Yang Maha Penerima taubat, Rabb Yang Maha Penyayang, ampuni segala dosa hamba, ampuni hamba yang seringkali lalai… Duhai Rabb Yang Maha Lembut, lembutkan hati hamba, sucikanlah hati ini dari segala goresan hitam akibat dosa, limpahkan cahaya-Mu ke dalam hati ini, teguhkan hatiku di atas iman, jadikanlah hati ini senantiasa khusyuk mengingat-Mu, hati yang selalu merindukan-Mu, rindu untuk memandang wajah-Mu… Ya Tuhanku, kumpulkan aku kelak bersama orang-orang yang Engkau ridhai, jadikan saat berjumpa dengan-Mu sebagai hari terbaik untukku. Amin.
Saturday, July 07, 2012
Egypt’s President-elect Morsi Moves from rented Flat to Presidential palace
from: ...http://www.osundefender.org/?p=33299
Egypt’s President-elect Morsi Moves from rented Flat to Presidential palace
Egypt’s President-elect Mohammed Morsi until yesterday lived in a spartan rented flat on the outskirts of Cairo. This photo above shows an emotional send-forth as Morsi said goodbye to his landlord (right) as he was being escorted by the Presidential guard to the presidential residence…
DATELINE:
1. The first group of Egyptians invited by new president-elect Morsi to presidential residence are the families of the martyrs of the Egyptian revolution. Khaled Said’s mother has now arrived at the presidential ceremonial palace to be welcomed by the president shortly.
2. Few facts about the new #President of #Egypt:
a) He was imprisonned by Mubarak at the start of the revolution.
b) He lives in a rented flat in Cairo but originally from Sharqya.
c) He received a Bachelor’s and Master’s Degree in engineering from Cairo University in 1975 and 1978, respectively.
d) He received his Ph.D. in engineering from the University of Southern California in 1982.
e) He was an Assistant Professor at California State University, Northridge from 1982 to 1985.
f) In 1985, he returned to Egypt to teach at Zagazig University
g) served as a Member of Parliament from 2000 to 2005
h) He has 5 children.
3. Egypt stock market continue to rise at exponential levels with gains reaching 6 Billion Egyptian pounds following yesterday’s record 18 Billion rise.
4. Morsi forbids the hanging of his photo in government institutions. A protocol widely used in Mubarak times where Mubarak’s photos used to be hanged on every wall including schools and hospitals.
5. Morsi orders his security to limit his convoy number of cars to a minimum and ensure no blockings of the roads (Mubarak convoy used to block streets for hours).
6. New president, Morsi, meets the families of the martyrs of the revolution and the wounded including Khaled Said’s mother and Mina Daniel’s sister.
7. Morsi orders his security to allow martyrs family access to him at all times.
8. Morsi responded to a congratulations letter from Bashar AlAssad saying he does not regard him as a representative of Syria and Syrians any more.
9. President spokesman denies Morsi had any interviews with Iranian media.
Egypt’s President-elect Morsi Moves from rented Flat to Presidential palace
Egypt’s President-elect Mohammed Morsi until yesterday lived in a spartan rented flat on the outskirts of Cairo. This photo above shows an emotional send-forth as Morsi said goodbye to his landlord (right) as he was being escorted by the Presidential guard to the presidential residence…
DATELINE:
1. The first group of Egyptians invited by new president-elect Morsi to presidential residence are the families of the martyrs of the Egyptian revolution. Khaled Said’s mother has now arrived at the presidential ceremonial palace to be welcomed by the president shortly.
2. Few facts about the new #President of #Egypt:
a) He was imprisonned by Mubarak at the start of the revolution.
b) He lives in a rented flat in Cairo but originally from Sharqya.
c) He received a Bachelor’s and Master’s Degree in engineering from Cairo University in 1975 and 1978, respectively.
d) He received his Ph.D. in engineering from the University of Southern California in 1982.
e) He was an Assistant Professor at California State University, Northridge from 1982 to 1985.
f) In 1985, he returned to Egypt to teach at Zagazig University
g) served as a Member of Parliament from 2000 to 2005
h) He has 5 children.
3. Egypt stock market continue to rise at exponential levels with gains reaching 6 Billion Egyptian pounds following yesterday’s record 18 Billion rise.
4. Morsi forbids the hanging of his photo in government institutions. A protocol widely used in Mubarak times where Mubarak’s photos used to be hanged on every wall including schools and hospitals.
5. Morsi orders his security to limit his convoy number of cars to a minimum and ensure no blockings of the roads (Mubarak convoy used to block streets for hours).
6. New president, Morsi, meets the families of the martyrs of the revolution and the wounded including Khaled Said’s mother and Mina Daniel’s sister.
7. Morsi orders his security to allow martyrs family access to him at all times.
8. Morsi responded to a congratulations letter from Bashar AlAssad saying he does not regard him as a representative of Syria and Syrians any more.
9. President spokesman denies Morsi had any interviews with Iranian media.
Wednesday, July 04, 2012
Solat dan Doa Malam Nisfu Sya'aban
Hari ini 14 syaaban, malam ini malam 15 syaban aka nisfu syaaban,
Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban
Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah. Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi Soalan : Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya? Jawapan : Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya). Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut. Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya : عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد . Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.” -Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad. Seterusnya, عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان . Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.” -Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban. Seterusnya, عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه . Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.” -Riwayat Ibnu Majah. Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya. عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه . Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.” -Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim. Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) : “Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.” -tamat Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) : “Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan. Pertamanya : Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid. Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah. Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya. Keduanya : Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat Kesimpulannya : Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan. Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh. Sumber : Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136. |
FROM BROKEN HEART TO TRANQUILITY
Sukacita dimaklumkan bahawa WIRDA (Association For Women’s Initiatives For Reseach Development And Advancement) dengan kerjasama WANGI (Persatuan Kakitangan Wanita Teknologi, UTM) dan Raudhah Islamic Events akan mengadakan program Talk Show bertajuk:
“From A Broken Heart to Tranquility” pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 14 hb Julai 2012
Masa : 8.30 pagi- 5.30 petang
Tempat : Dewan Centrum (Aras 5), JALAN SETIAWANGSA 13
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
3. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan perlatihan untuk menangani permasalahan hidup dan mengubah diri menjadi lebih positif. Kehadiran speaker berpengalaman seperti Profesor Dr. Rozieta Shaary, Puan Suria Mohd dan Puan Hajah Fauziah Ramly bakal membimbing wanita-wanita ini mengubah episod duka yang dilalui mereka kepada perubahan diri yang cemerlang. Program ini akan diserikan dengan persembahan istimewa daripada Hafiz Hamidun melalui zikir terapi diri yang amat sesuai bagi mencapai ketenangan jiwa (nafsu muthma’innah).
4. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung urusan dan operasi RUMAH WIRDA, iaitu sebuah rumah perlindungan untuk wanita yang menjadi mangsa rogol, penganiayaan, penderaan dan keganasan rumahtangga. Selain daripada itu, RUMAH WIRDA juga menerima kes-kes gangguan seksual, ibu tunggal dan anak-anak yang terpinggir.
5. Walaubagaimanapun, penghuni-penghuni rumah ini terpaksa dipindahkan setelah kontrak penyewaan ditamatkan. Buat sementara waktu, penghuni-penghuni terpaksa ditumpangkan di rumah-rumah sukarelawan. Justeru itu, pihak sukarelawan WIRDA sedang berusaha keras untuk mengumpul dana bagi mendapatkan rumah perlindungan baru yang lebih lengkap dengan fasiliti bagi menampung keperluan seharian para penghuni.
6. Bagi mencapai tujuan program ini, dengan ini kami memohon penajaan meja dari pihak YB Dato’. Penajaan meja adalah untuk wanita wanita teraniaya, golongan susah dan mualaf. Untuk makluman, tiket penyertaan atau penajaan adalah seperti berikut:
• RM290 untuk seorang
• Diskaun 10% untuk penyertaan 5 orang berkumpulan
• RM2500 bagi satu meja (10 orang)
7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak sekretariat, Cik Balqis Ismail di talian 03-41085128 atau melalui emel wirda.central@gmail.com.
8. Bersama-sama ini saya sertakan flyer berkenaan program talk show tersebut. Kerjasama dan sokongan YBhg Dato’ adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
BAYARAN BOLEH DI BANK IN KE AKAUN : WIRDA, ACC NO : 1211-3010-0434-29
SILA FAXKAN RESIT ATAU BANK IN SLIP KE FAX NO: 03-41075237
TERIMA KASIH.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA
Friday, June 29, 2012
Tips menyambut kedatangan Mertua / Ibu Bapa
Assalamualaikum wr wb.
Sobahul khair, sobahunnur fil yaumil Jumaat Al Mubarakah! Hari Jumaat yang Berkat!
Mama mengingatkan anak anak mama yang belum membaca Surah Al Kahfi bolehlah mula dari sekarang (satu ayat demi satu ayat ) sehingga sebelum menjelang maghrib demi mendapat Nur ala Nur dari Allah Rabbul Jalil. Subahnallah! ......
Pagi ini mama nak share satu posting dari Pak Utih mengenai tips menyambut dan mengalu-alukan kedatangan ibu bapa atau mertua. Jika mertua atau ibubapa antum datang berkunjung ke rumah atau bertandang sekejab elok dilayani mereka seperti berikut:
1. Apabila tahu sahaja mereka nak datang, cepat2 telefon tanyakan anggaran masa mereka sampai ke rumah. (Ini menyebabkan mereka rasa dialu-alukan)
2. Nada suara semasa bertanyakan masa mereka sampai hendaklah suara ceria seperti anda mendapat hadiah cabutan bertuah. (Ini menyebabkan hati mereka bertambah lega untuk singgah)
3. Cepat2 sediakan minuman kegemaran mereka atau sekurang-kurangnya air mineral dan sedikit buah atau biskut (jika tak sempat nak beli kueh) sebagai hiasan hidangan welcoming untuk mereka. (Ini akan menyebabkan diri mereka sangat dialu-alukan kedatangannya).
4. Jangan sekali-kali tanyakan kepada mereka, "Ayah dah makan ke?" atau "Ayah nak makan sini ke" sedangkan antum tidak menyediakan welcoming drink. (Ini menyebabkan mereka serba salah untuk menjawabnya..sudah semestinya mereka menjawab, "Ayah dan mak dan makan on the way tadi".
5. Tapi kalau antum telah hidangkan welcome drink, tidak apa bertanyakan soalan no.4 itu.
6. Bertambah runsing minda mereka apabila antum berkata, "Kalau mak dan ayah nak makan, saya nak kuar jab beli, dekat je" (Walaupun kedai itu dekat, ungkapan antum ini dirasai seperti kedatangan mereka menyusahkan antum).
7. Sebaik-baiknya hidangan makanan tersedia sebelum mereka duduk dihadapan meja kosong. 8. Untuk dapat melaksanakan perkara di atas, antum hendaklah berbincang membina S.O.P. "MENYAMBUT MAK DAN AYAH" suami isteri melayani mereka secara berpasukan.
9. Semasa mereka beredar meninggalkan rumah, lambailah mereka hingga mereka hilang daripada pandangan (ini menyebabkan mereka rasai betapa rindunya antum kepada mereka seolah2 tidak puas melayan mereka)
10. Bila mereka telah hilang daripada pandangan, doakanlah akan keselamatan mereka.
wassalam
Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
Mobile: 019 336 0522
Dean Faculty of Education and Human Development "Helping Boys Nurturing Girls in Early Childhood Education"
Kolej UNITI Pasir Panjang Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia www.uniti.edu.my
Sobahul khair, sobahunnur fil yaumil Jumaat Al Mubarakah! Hari Jumaat yang Berkat!
Mama mengingatkan anak anak mama yang belum membaca Surah Al Kahfi bolehlah mula dari sekarang (satu ayat demi satu ayat ) sehingga sebelum menjelang maghrib demi mendapat Nur ala Nur dari Allah Rabbul Jalil. Subahnallah! ......
Pagi ini mama nak share satu posting dari Pak Utih mengenai tips menyambut dan mengalu-alukan kedatangan ibu bapa atau mertua. Jika mertua atau ibubapa antum datang berkunjung ke rumah atau bertandang sekejab elok dilayani mereka seperti berikut:
1. Apabila tahu sahaja mereka nak datang, cepat2 telefon tanyakan anggaran masa mereka sampai ke rumah. (Ini menyebabkan mereka rasa dialu-alukan)
2. Nada suara semasa bertanyakan masa mereka sampai hendaklah suara ceria seperti anda mendapat hadiah cabutan bertuah. (Ini menyebabkan hati mereka bertambah lega untuk singgah)
3. Cepat2 sediakan minuman kegemaran mereka atau sekurang-kurangnya air mineral dan sedikit buah atau biskut (jika tak sempat nak beli kueh) sebagai hiasan hidangan welcoming untuk mereka. (Ini akan menyebabkan diri mereka sangat dialu-alukan kedatangannya).
4. Jangan sekali-kali tanyakan kepada mereka, "Ayah dah makan ke?" atau "Ayah nak makan sini ke" sedangkan antum tidak menyediakan welcoming drink. (Ini menyebabkan mereka serba salah untuk menjawabnya..sudah semestinya mereka menjawab, "Ayah dan mak dan makan on the way tadi".
5. Tapi kalau antum telah hidangkan welcome drink, tidak apa bertanyakan soalan no.4 itu.
6. Bertambah runsing minda mereka apabila antum berkata, "Kalau mak dan ayah nak makan, saya nak kuar jab beli, dekat je" (Walaupun kedai itu dekat, ungkapan antum ini dirasai seperti kedatangan mereka menyusahkan antum).
7. Sebaik-baiknya hidangan makanan tersedia sebelum mereka duduk dihadapan meja kosong. 8. Untuk dapat melaksanakan perkara di atas, antum hendaklah berbincang membina S.O.P. "MENYAMBUT MAK DAN AYAH" suami isteri melayani mereka secara berpasukan.
9. Semasa mereka beredar meninggalkan rumah, lambailah mereka hingga mereka hilang daripada pandangan (ini menyebabkan mereka rasai betapa rindunya antum kepada mereka seolah2 tidak puas melayan mereka)
10. Bila mereka telah hilang daripada pandangan, doakanlah akan keselamatan mereka.
wassalam
Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
Mobile: 019 336 0522
Dean Faculty of Education and Human Development "Helping Boys Nurturing Girls in Early Childhood Education"
Kolej UNITI Pasir Panjang Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia www.uniti.edu.my
Monday, June 18, 2012
Doa Solat Dhuha
Solat Dhuha menambah amalan puasa sunat hari isnin di bulan Rajab dengan mengharapkan hanya Rahmat dari Allah
Doa Perpisahan - Doa Rabithah
Berjumpa berpisah adalah sunnatullah , sebelum berpisah kita hayati doa rabitah pengikat hati penguat daya juang, sehidup semati dalam perjuangan li hukumiyatillah.....ukhuwah fillah...
Siruu fi amanillah
Siruu fi amanillah
CIRI CIRI IBADURRAHMAN
Sunday, May 06, 2012
EMAK- NUMBER ONE FOR ME
Lyrics Number One For Me
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
To make you smile
Whenever I’m around you
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
Sunday, April 29, 2012
Saturday, April 28, 2012
I was here on 28th April 2012
Bersama 250,000 rakyat Malaysia yang menuntut 8 perkara :
1.
BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Thursday, February 02, 2012
Ungkapan Sayyid Qutb yang menggugah jiwa
Beberapa minggu lepas mama hadir Ceramah khas Syeikh Dr Mahmoud Ezzat , Naib Mursyidful am yang telah diadakan pada Ahad 29 Januari 2012 bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiasaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Shah Alam. Beliau menyampaikan tajuk “Ikhwanul Muslimin di Era Baru” di hadapan lebih 2,000 hadirin. Beliau mengupas empat aspek; risalah yang diperjuangkan IM, sifat asasi IM, sejarah IM dan perkembangan revolusi dan pilihanraya umum Mesir.
Namun apa yang paling mama ingat ialah ungkapan yang di petik dari kata-kata Sayyid Qutb dalam bukunya yang mama tidak ingat apa nama nya.
“Sebenarnya kata kata kita, ungkapan-ungkapan kita ibarat patung, tanpa nyawa, kosong tanpa ‘semangat’ atau ruh, sehinggalah kita mati kerana kata-kata tersebut. Pada ketika itu kata-kata kita akan hidup, memancar sinar dan memberi makna. Kata kata itu akan terus hidup, seolah olah kita hidup kembali.
"Indeed our words will remain lifeless ,
barren, devoid of any passion, until we
die as a result of these words, whereupon
our words will suddenly springs to life
and live on amongst the hearts that are
dead,ringing them back to life as well.."
Tetiba mama teringat serangkap ayat Al Quran yang bermaksud;
‘Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
MasyaALlah Sayyid Qutb telah membuktikan kata-kata nya di tali gantung Presiden Mesir pada masa Jamal Abdul Nasser. Setelah beliau syahid kata-katanya dalam buku buku yang ditlus nbya terus hidup memberi makna kepada kita umat Islam, pencinta Islam dan dakwah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



