Tuesday, June 08, 2010

Nasyid Generasi Gemilang

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahasia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat marwah

Adakah Kau Lupa.mp3


Tuesday, June 01, 2010

Nasyid Kataib - Huwal Haq

Huwal Haq (Nasyid Katibah)

Dia lah Al-Haq yang mengumpulkan tenteranya
utk menyediakan di medan pertempuran
Berbarislah wahai singa-singa Katibah
Gegarkanlah dengannya kerajaan yang batil

Wahai Nabi Pembawa Hidayah (Kebenaran)
Sesungguhnya kami telah menjauhi rasa mengantuk
Dan kami telah memutuskan selera makan
Kami bangun menuju Allah dengan berbekalkan
kehebatan Al-Quran yg Muhkam

Kami mempamerkan kpd makhluq yg berada di atas dunia
Juga yang di bawah langit akan kehebatan muslimin
Kami adalah buah kepada kebenaran
Dan kami tidak melihat tebusan bagi kebenaran melainkan darah


Ruh-ruh kami terikat kerana Allah
Dalam satu persaudaraan yang menggegarkan dunia
Dan jadilah ajal kami sebagai gadaian kebenaran
Dengan pedoman nasyid yg diamanatkan
Kami mejadi lembut apabila malam menziarahi kami
Kami hujani mihrab kami dengan kesedihan
Dan apabila tentera-tentera bengis menyerang kami dgn kesusahan
Mereka akan dapati singa-singa kami tidak lah lemah


Wahai saudara ku yg kufur
Andainya engkau mengikuti jalan petunjuk
Nescaya engkau akan menjadi saudara terbela di sisi kami
Namun kiranya engkau adalah engkau,
maka kami adalah tentera berani,
Kami akan merempuh mereka yg mengancam kami
Lantas kami akan membuat engkau merasai keperitan hidup
dan kesengsaraan maut
dan engkau takkan ditolong
Sesungguhnya kami merempuh dgn Ruh Ilahi
dan mengikut jejak langkah Nabi yg membawa petunjuk

Ke arah kemenangan
Ke arah kemenangan


هو الحقُّ يحشُد أجنادَه ويعتدُّ للموقف الفاصلِ
فَصُفّوا الكتائبَ آسادَه ودُكّوا به دولةَ الباطلِ

نبيَّ الهُدى قد جَفوْنا الكرى وعِفْنا الشَّهيَّ من المَطْعمِ
نهضْنَا إلى اللهِ نجلو السُّرى[1] بروعةِ قرآنِه المُحكَمِ

ونُشهد من دبَّ فوقَ الثَّرى وتحتَ السَّما عِزَّةَ المسلمِ
دعاةً إلى الحق لسنا نرى له فديةً دون بذل الدَّمِ

تآخت على الله أرواحُنا إخاءً يروعُ بناءَ الزَمنْ
وباتت فدى الحقِّ آجالُنا بتوجيهِ مرشدِنا المُؤْتمَنْ

رقاقٌ إذا ما الدُّجى زارنا غمرنا محاريبَنا بالحَزَنْ
وجندٌ شداد إذا رامنا لبأسٍ رأى أُسُدًا لا تُهَنْ

أخا الكفر إِمّا تبعتَ الهدى فأصبحت فينا الأخَ المُفتَدى
وإِمّا جهلت فنحن الكماهْ نقاضي إلى الرَّوْع من هدّدا
إذًا لأذقناك ضِعفَ الحياهْ وضِعفَ المماتِ ولن تُنجدا
فإنّا نصول بروحِ الإله ونقفو ركابَ نبيِّ الهُدى
إلى النصر في الموقف الفاصلِ
إلى النصر في الموقف الفاصلِ


Friday, May 28, 2010

Wednesday, May 26, 2010

Peter Vanner, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Peter Vanner, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

SubhanaAllah. .. Teringat kisah sahabat, tak sempat solat. Masuk Islam di tika perang, lepas syahadah terus ke medan dan kemudian syahid... 63 tahun tu dah masuk usia bonus...

Sunday, May 23, 2010

"Nobody grows old by merely living a number of years

Pepagi Ahad ni mama hantar kak yong buat 'round' in the HKL dan terus on call sehingga esok petang....besar pengorbanannya sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak lelakinya yang ditinggalkan.......demikian juga besar pengorbanan suami yang ditinggalkan yang menjaga anak anaknya di hari minggu ini....

Papa pergi melawat tapak tengok pekerjanya buat plaster ceiling rumah clients yang membuat 'rewiring'.

Mama pula kena pergi kerja ke ofis sebab nak menghabiskan 'report on electricity audit" yg dibuat seminggu yang lepas...audit report tu kena submit esok pagi Isnin...

Penat memang penat tetapi life has to go on....sambil tu mnecari inspirasi untuk menghilangkan rasa kelelahan dan merasa sungguh tuaaaaaaaaaaaaaa..

Mama nak kongsi beberapa quotatations....

Great Quotes from Great Leaders is the perfect way to celebrate this RASA penat dan rasa lemah kerana ketuaan. Great Quotes from Great Leaders allows us to stand on the shoulders of giants - to read their words of wisdom and apply them to our own lives...

"Well done is better than well said."
Benjamin Franklin
(1706-1790)

"Liberty, when it begins to take root, is a plant of rapid growth."
George Washington
(1732-1799)

"Leave nothing for tomorrow which can be done today."Abraham Lincoln
(1809-1865)

"It is better to light the candle than to curse the darkness." Eleanor Roosevelt
(1884-1962)

"A people that values its privileges above its principles soon loses both."
Dwight Eisenhower
(1890-1969)

"Courage is fear holding on a minute longer."
General George S. Patton
(1885-1945)


"Nobody grows old by merely living a number of years. People grow old by deserting their ideals. You are as young as your faith, as old as your doubt; as young as your self-confidence, as old as your fear; as young as your hope, as old as your despair."
General Douglas MacArthur
(1880-1964)

Tuesday, May 18, 2010

Socrates dan Triple Filter Test

Socrates dan Triple Filter Test

Di Yunani kuno, Socrates terkenal memiliki pengetahuan yang tinggi dan sangat terhormat.
Suatu hari seorang kenalannya bertemu dengan filsuf besar itu dan berkata,
"Tahukah Anda apa yang saya dengar tentang teman Anda?"
"Tunggu beberapa menit," Socrates menjawab.
"Sebelum Anda menceritakan apapun pada saya, saya akan meberikan suatu test sederhana. Ini disebut Triple Filter Test."
"Triple filter Test?"
"Benar," kata Socrates.
"Sebelum kita bicara tentang teman saya, saya kira bagus kalau kita mengambil waktu beberapa saat dan menyaring apa yang akan Anda katakan. Itulah sebabnya saya menyebutnya triple filter test."
Filter petama adalah
KEBENARAN. "Apakah Anda yakin sepenuhnya bahwa yang akan Anda katakan pada saya benar?"
"Tidak," jawab orang itu, "Sebenarnya saya hanya mendengar tentang itu."
"Baik," kata socrates. "Jadi Anda tidak yakin bila itu benar. Baiklah sekarang saya berikan filter yang kedua,
filter KEBAIKAN.
Apakah yang akan Anda katakan tentang teman saya itu sesuatu yang baik?"
"Tidak, malah sebaliknya.. ."
"Jadi," Socrates melanjutkan, "Anda akan berbicara tentang sesuatu yang buruk tentang dia, tetapi Anda tidak yakin apakah itu benar. Anda masih memiliki satu kesempatan lagi karena masih ada sattu filter lagi,
yaitu filter KEGUNAAN.
Apakah yang akan Anda katakan pada saya tentang teman saya itu berguna bagi saya?"
"Tidak, sama sekali tidak."
"Jadi," Socrates menyimpulkannya, "bila Anda ingin mengatakan sesuatu yang belum tentu benar , buruk dan bahkan tidak berguna, mengapa Anda harus mengatakannya kepada saya?"

Itulah sebabnya mengapa Socrates diakui sebagai filsuf besar dan sangat terhormat.

Teman-teman, gunakan triple filter test setiap kali kita mendengar sesuatu tentang kawan dekat atau kawan yang kita kasihi, atau siapapun.

Friday, April 30, 2010

MARS 2010 dan booklet " Lelaki Pelindung Wanita"




Malam lusa, Ahad 2 hb Mei 2010, jam 8 malam akan berlansung lah acara gilang gemilang MARS 2010 (http://www.raudhatussakinah.com/mars-2010/).

Disamping semua hadirin akan mendapat hadiah cenderamata Booklet “Lelaki Pelindung Wanita” (fresh from the oven) dan majalah-majalah sumbangan Karangkraft, penampilan artis terkenal Aisyah yang telah berubah kepada penampilan yang lebih baik akan menjadi kejutan. Pastikan semua yang hadir mendapat cenderamata masing-masing untuk dibawa pulang.

Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir boleh juga mendapatkan buku tersebut yang mempunyai 135 muka surat dengan harga RM13.50. Boleh didapati dari saya atau pejabat Wanita JIM selepas MARS 2010 berlansung

Dibawah ini serba sedikit mengenai penghijrahan Aisyah;

Di saat persediaan terhadap majlis ini menghampiri harinya, pihak pengurusan Raudatus Sakinah (RS) dipertemukan dengan Aishah, seorang penyanyi yang dulunya dikenali sebagai Aishah and The Fan Club. Beliau telah menghijrahkan dirinya dengan belajar mendapatkan serta menghayati ilmu agama melalui kelas2 pengajian. Subhanallah! Seorang yang sangat berusaha mencari dan terus mencari erti Islam yang sebenar.

Pertemuan ini berlangsung setelah beliau mendapat khabar tentang Raudhatus Sakinah dan majlis yang akan berlangsung. Beliau terpanggil untuk bersama dalam program kerana mempunyai prinsip untuk sebarkan syiar Islam dan membimbing anak-anak remaja. Just before this dia baru sahaja menyiapkan album baru tentang doa-doa yang dilagukan untuk menarik kembali masyarakat menghayati Islam.

Sebaik sahaja pihak RS mendapat gambaran sebenar pencariannya, pihak RS menjemput beliau ke Program ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina) Camp di MRSM Tun Ghaffar Baba, Melaka hujung minggu lepas untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang RS dan ABJZ sediakan dan persembahkan untuk anak-anak ini. Aishah sangat teruja sebab impaknya dia sendiri terasa dan menangis di salah satu slot yang pihak RS persembahkan. Malah, beliau menyebut tentang jualan album baru doa ini nanti, ada percentage yang akan disumbangkan kpd RS dan ini akan melibatkan MOU insyaAllah. Sebelum pulang dari MRSM, Aishah tanya, "bila Kak Ros akan train saya pulak?" Subhanallah. ....Alhamdulillah ..Kami anggap ini sebagai langkah permulaan untuk kita membawanya bersama kita, InsyaAllah.

Dari titik tolak ini Aisyah akan turut serta menjayakan MARS dengan persembahan doa yang dijadikan nyanyian & lagu.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Pusat (JKP) JIM telah menerima beberapa pertanyaan tentang tentang pendirian JIM dalam hal ini.

Setelah berunding dengan para penasihat Fiqh yang faqih dalam perkara ini dan berbincang bersama JKP, kami mengambil pendirian bahawa adalah harus untuk Aisyah turut menjayakan MARS dengan persembahan nyanyian nya itu.

Berikut adalah sandaran kepada pandangan ini:

1. Penampilan Aisyah nanti adalah bersopan, menutup aurat dan tidak ada aksi keterlaluan di atas pentas.

2. Lagu-lagu yang akan disampaikan mengandungi isi-isi bersifat nasihat dan kebaikan.

3. Suara wanita adalah aurat. Terdapat khilaf ulama' dalam hal ini. Untuk MARS, JIM mengambil pandangan yang lebih ringan bersesuaian dengan objektif majlis dan untuk tujuan dakwah 'ammah.

4. Aisyah telah menunjukkan tanda-tanda positif untuk menghayati Islam dan ingin sama-sama terlibat dalam program JIM. Kita ingin mengambil kesempatan ini untuk meraikan hasrat beliau itu.

Terdapat banyak pandangan berkaitan perkara ini dan JIM mengambil pandangan yang paling menguntungkan dakwah dan Islam buat masa ini. Maka pendirian JIM dalam isu seperti ini akan ditangani secara case by case. JIM mengambil pendirian ini hanya untuk majlis kali ini. Maklumbalas lanjut amat dihargai untuk JIM menilai pendirian ini dari masa ke semasa untuk majlis-majlis lain di masa hadapan.

Walaupun JKP mengambil pendirian begini untuk majlis ini, pihak JKP ingin mengingatkan terutama kepada semua yang terlibat dengan MARS agar berhati-hati dan menjaga adab dan tingkah laku kerana keharusan ini tidak menghalang untuk timbulnya fitnah-fitnah lain

Mari kita sama-sama berusaha dan mendoakan MARS akan berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

Teruskan amalan baca surah al kahfi dipagi jumaat

Pagi ini hampir terlupa membaca surah al kahfi, amalan yang amat disukai oleh Rasulullah;
Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Sunday, April 25, 2010

ketika tangan dan kaki berbicara

ayah dan ibu

Surat Seorang Ibu

Lagu untuk emak

Rindu dan Terkenang emak

Tiba tiba hari ini aku teringatkan emak ku sayang dan terbayang wajahnya yang redup, terkenangkan pengorbanan yang tidak pernah minta dibalas dan kasih sayang emak yang tidak ada sebarang syarat.........................


ohhhh HARI ibu sudah semakin hampir!



Monday, April 19, 2010

Antara Sofa,Marwah & Quantum Ikhlas….




Ir Endok Sempo binti M Tahir


(Tulisan mama ini telah keluar dalam Majalah Perspektif, mama tak pasti tarikhnya)



Mama ingin bercerita tentang ibadah sa’i. Mama suka bercerita mengenainya walaupun musim haji masih jauh! Walaupun masa Mama melakukan ibadah sa’i telah berlalu hampir 20 tahun yang lalu, namun ingatan terhadapnya masih segar terutama apabila menjalani kehidupan yang serba mencabar. Apabila kehidupan semakin payah, ekonomi dunia yang semakin merudum, Mama rasakan aura ibadah sa’i memberikan suntikan semangat dan motivasi bagi Mama untuk terus melangkah.


Mama pegang kuat kuat kata kata emak Mama: “….Keadaan hidup kita dari muda hingga dewasa saling berganti, ada masa susah ada masa senang. Apabila kita susah, kita redha, kita berusaha kuat dan bersabar. Setelah kita senang kita bersyukur dan bersedekah. Apabila kita makmur hulurkan untuk kebahagian orang lain. Apabila kita kaya bantulah orang yang memerlukan.


Dalam kehidupan ini apabila kita susah, kita boleh berusaha lagi, jika kita silap kita masih berpeluang membetulkan keadaan, kita masih boleh melakukan sesuatu. Tetapi awas di akhirat nanti tidak boleh pandang kebelakang, tidak ada U –turn, there is no turning back, kita terus menghadapi Hakim Rabbul Jalil, kita kena menjawab di depannya samada kita senang atau pun susah, samada kita bersedia atau pun tidak….”


Sa’i ini merupakan rukun dalam Ibadah haji yang bermula dari sejarah isteri Nabi Ibrahim Siti Hajar, ibu Nabi Ismail. Namun diluar dari lingkaran Mekah dan musim haji ia adalah metafora kehidupan seorang pejuang yang tidak kenal erti putus asa.



Sa’i ialah perbuatan (ibadah) berlari-lari anak ulang alik sebanyak 7 kali dari bukit Sofa ke bukit Marwah…



Bayangkan bagaimana Siti Hajar yang bersendirian dengan anak kecil, berada di tengah padang pasir di tanah Arab yang tandus? Ia bingung kerana anaknya (Nabi Ismail) menangis kehausan, sedangkan susunya telah kering. Iapun berlari antara bukit Sofa dan bukit Marwah, mencari air demi anaknya yang kehausan, dia terus berlari…



Menuju puncak Sofa, dia tidak menemui air disana, diapun berlari turun menuju bukit Marwah, dengan harapan mencari air . Dia tidak menemui air yang dicari disitu..



Tanpa putus asa, ia berlari menuruni bukit Marwah dan menaiki bukit Sofa lagi, mencari air disitu atau mungkin mengharapkan seseorang boleh memberikan ia air. Namun dia masih tidak menemui apa-apa pun. Ia menuruni bukit dan dia terus berlari menaiki bukit, mencari air, dia tidak menemuinya, dia menuruni bukit, menyusuri padang pasir yang tandus, menaiki bukit, mencari, tidak menemui air lagi, dia turun semula. Demikianlah dia berulang alik turun naik bukit sofa dan marwah sehinggalah tujuh kali.



Akhirnya, Allah memberikan apa yang ia cari..



Tiba-tiba air segar zam zam memancut dari dalam tanah. Air pancutan ini mampu menghilangkan dahaga bayi kecil Ismail yang sedang dahaga ..



Dari manakah munculnya air tersebut? Bukan di bukit Sofa, bukan di bukit Marwah, bukan pula di antara keduanya….



Tapi dari bawah tapak kaki kecil Nabi Ismail yang memukul-memukul kan tumit kerdilnya yang lembut di atas pasir-pasir yang gersang dan panas membakar. Pancutan air itu dari satu tempat yang tidak terfikir pun adanya air. Tempat yang dianggap paling tidak mungkin ada air oleh Siti Hajar. Air itu dari arah yang tidak diduga-duga.



Itulah kehidupan. Itulah ketidak pastian yang ada dalam hidup ini. Namun ia satu keindahan yang hanya dapat dirasakan oleh hati yang pasrah terhadap keajaiban ilahi dalam zone ‘quantum ikhlas’. Ada banyak pelajaran keindahan kita boleh ambil dari kejadian tersebut.



Ketika kita terlalu inginkan sesuatu, biasanya kita akan bekerja kuat separuh mati dengan cara terbaik yang terfikirkan. Kita cari jalan yang paling munasabah, penuh kemungkinkan untuk mencapai keinginan tersebut.



Namun ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.



Apabila kita gagal, kita sedih, kita kecewa, kadangkala kita putus asa. Kita takut untuk mencuba kerana kita rasa akan gagal lagi, sekaligus kita pun yakin kita dah gagal. Kita memang menganggapnya gagal.



Namun pernah kah kita terfikir secara rasinonal. Pernahkah terdetik dalam hati, pernahkah hati kita berbisik dan dikala itu nurani kita mula mencari makna. Kita perhatikan lebih saeksama, sesungguhnya ada hikmah dalam kegagalan itu. Mesti ada makna tersirat maka Allah tidak mengabulkan keinginan kita itu. Sebaliknya Allah sebenarnya telah memberikan perkara yang lebih baik, tapi bukan dari tempat dimana kita berusaha, tapi dari suatu tempat yang tidak pernah kita duga.



Dalam kehidupan Mama terutama dalam dunia perniagaan, Mama selalu sangat mengalami pengalaman sebegini. Mama acapkali gagal memenangi tender atau ‘project proposal’ yang Mama cadangkan tidak diterima kerana masalah yang remeh temeh, walhal Mama telah melakukannya sebaik mungkin.



Satu ketika beberapa tahun yang lalu, Mama dan kakitangan syarikat menyediakan sebutharga bagi satu tender untuk kerja-kerja pemasangan elektrikal dan mekanikal untuk satu kampus pusat latihan kemahiran di Daerah M (nama tempat ini bukan nama sebenar). Kami tidak tahu ini tender keberapa dalam bulan itu kami gagal utnuk mendapatkannya. Namun kali ini kami diberi harapan yang tinggi bahwa syarikat boleh dapat kerja kerja ini jika harga sesuai dengan kemampuan. Harga yang wajar dan syarikat mampu menyediakan kakitangan untuk menyiapkan kerja kerja dalam masa yang telah ditetapkan. Mama menghubungi, menelepon dan menghantar faksimili kepada beberapa ‘pembekal’ untuk memberikan sebutharga terbaik, Mama negotiate dan buat ‘costing’, Mama kira balik Mama review semula, Mama bandingkan dengan harga bagi projek projek yang pernah kami siapkan. Mama menyediakan time line menggunakan ‘microsoft project’. Lebih seminggu Mama tidur dan bangun dengan puluhan helai ‘tender drawings’ yang semakin lenyai, Mama ubahsuai BQ (Bill of quantity) entah keberapa kali apabila harga kabel (dan accessori lain) tidak menentu kerana harga Copper di pasaran dunia yang turun naik. Demikian juga dengan harga bahan binaan yang terjejas. Akhirnya kami masuk tender bagi kerja kerja elektrik dengan sebutharga RM4 juta bagi projek pembinaan kampus yang harga keseluruhan bernilai RM30 juta.



Apabila jawatankuasa penilai tender mengumumkan petender yang menang, syarikat kami kecundang. Kami mendapat nombor 5 terendah dari 10 kontraktor elektrik memasuki tender.




Syarikat yang menang tender berada pada tangga ke empat(4) terendah dengan harga RM3.95 juta. Mama lemah longlai, tidak bermaya. Mama mengambil cuti beberapa hari untuk mengumpul kembali semangat yang telah hilang. Mama tidur siang dan malam untuk menebus malam malam yang hilang semasa mengemaskini dan menyediakan tender dokumen yang berjilid-jilid dan masing-masing 4 inci tebalnya.



Beberapa minggu kemudian seorang kawan lama suami Mama (sdra R) menelefon beriya iya benar untuk bertemu dan bersembang dan sekaligus sembang mengenai Islam dan permasalahan ekonomi negara. Agenda terakhir dalam sembang itu, R menawarkan kerja yang sama profilenya di kampus lain daerah J. Syarikatnya telah menang satu tender kerja-kerja pemasangan elektrikal dan mekanikal tetapi dia sedang mencari sub kontraktor untuk kerja-kerja elektrikal sahaja. Katanya harga kos bagi kerja elektrik ialah RM7.9 dari keseluruhan harga pembinaan projek sebesar RM85 juta.



Dengan separuh hati, mungkin kerana masih penat bercampur dengan sedikit keterputus asaan, kami kata kami setakat ingin mencuba untuk memberi sebutharga. Kami semak drawings, mengira costing dan mengisi BQ kemudian kami hantar dokumen sebutharga itu 3 hari kemudian. Harga yang kami berikan ialah RM7.5 juta. Esoknya R telefon, minta kami datang untuk pembentangan verifikasi projek dan harga. Selepas itu bincang untuk tandatangani perjanjian setuju terima tender. Seminggu selepas itu lawatan tapak projek sekaligus upacara serah tapak (site acquisition) kerana kontrakor utama telah hampir siap kerja- kerja ‘piling’ dan orang elektik kena masuk tapak untuk kerja kerja pemasangan ‘pipings’ di underground beam.





Mama sehingga kini menganggap itu bukan hasil dari kerja keras kami. Kami tidak berusaha sekuat tenaga seperti apa yang kami curahkan bagi tender yang dibuat untuk kampus di daerah M tadi. Logiknya memang kami tidak dapat tender itu, Kerana tenaga yang dihabiskan sangat minimal. R menelepon suami Mama di pejabat untuk urusan lain. Kami kerja atau tidak kerja, R tentu menelepon pejabat. R juga boleh menelefon syarikat lain yang membuat kerja kerja yang sama. R malah sebuah syarikat yang besar sudah tentu mengenali subkontraktor lain dalam senarainya. Hanya mungkin secara kebetulan dia teringat kawan lamanya.



Tapi, tidak ada yang kebetulan. Allah telah takdirkan begitu bukan?



Memang mungkin Allah mengatur segala nya agar R menelefon tepat dikala kami sedang berada di pejabat, sedang mengumpul kudrat dan semangat, sedang tiada apa apa lagi kerja kerja pejabat yang outstanding. Kami memang sangat ’free’ untuk melayan kawan bersembang.




Kerana kalau lah R datang sewaktu kami sedang berperang menyiapkan urusan tender yang perlu mematuhi deadline, mana mungkin kami punya masa untuk melayan R bersembang?



Kerana Allah telah melihat usaha kami pergi dan balik, telefon dan fax, pergi ke hulu ke hilir, bincang dan negotiate, delete, copy and paste BQ, kami kerjakan puluhan tender dokumen tanpa rehat, kerja non stop beberapa hari, tidak tidur beberapa malam.



Allah melihat kami “berlari dari Sofa dan marwah”, maka dikirimkankah “air zam zam” dari tempat yang tidak terduga.



Apabila kita perhatikan, kita biarkan hati kita merasa dan nurani kita melihat, banyak hal-hal yang kita perolehi sebenarnya merupakan jawapan dari usaha kita. Hanya mungkin kita sering menganggapnya itu kebetulan sahaja.




Kita sering mengucapkannya “Aduhai Mama sudah berusaha setengah mati tapi gagal semuanya, nasib baik waktu itu ada ….. “



Namun sebenarnya “nasib baik waktu itu…” sebenarnya adalah jawapan Alalh atas usaha kita, bukan sekadar kebetulan…

Kalau kita tidak pernah berusaha, tidak pernah tunggang terbalik, malas atau enggan ke hulu kehillir, tidak pernah lari dari Sofa dan marwaf, kalimat “nasib baik waktu itu…” tidak akan pernah terucapkan oleh bibir kita kerana air zam-zam itu tidak keluar…



Begitulah manusia, kita seringkali menganggap gagal ketika kita tidak berjaya mendapatkan hasil dari jalan yang kita inginkan. Sedangkan Allah memberikan kepada kita melalui jalan lain.




Jalan dan laluan yang seolah-olah tidak ada hubungan dengan usaha kita, tapi sebenarnya terjadi kerana Allah telah melihat usaha kita… dan ini bukan kebetulan…

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya:
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". Al Baqarah ayat 286.



Jika Siti Hajar berfikir air zam-zam itu keluar hanya kebetulan dan berkata “jika lah aku tahu air zamzam ada disini ie ditapak kaki Ismail begini, lebih baik aku diam sahaja, tidak perlu bersusah payah berlari-lari dari Sofa ke Marwah, tunggu sahaja air terpancut dari perut bumi?...jika beginilah keadaanya, dimanakah sisi semangat juangnya?



Atau sebaliknya jika Siti Hajar jenis wanita yang ‘ambitious’, dia akan tetap dan terus berlari dari Sofa marwah, kerana dia terlalu yakin bahawa air itu ada di antara dua bukit itu. Air yang muncul dari kaki Ismail hanyalah kebetulan semata-mata. Air itu tetap tidak muncul antara dua lembah itu dan dia tidak menemui air di jalan yang dia inginkan, akhirnya dia menganggap Allah tidak mengkabulkan doanya. Allah tidak menilai hasil usahanya dan Allah tidak melihat ikhitiarnya yang begitu memenatkan.



Oleh itu kita tidak sekali kali boleh menyerah kalah dalam sebarang usaha usaha kita. Kita teruslah berikhtiar, teruslah berlari dari Sofa dan marwah, setelah itu tawakal dan hadirkan Allah dalam hati kita.




..." kerana sesunguhnya Allah tidak pernah berjanji bahwa kehidupan ini senang dan mudah tetapi Allah berjanji akan sentiasa bersama kita di setiap langkah kita....."



Serahkan hasilnya pada Allah. Biarlah Allah yang menentukan bagaimana Dia menjawab permintaaan kita dan dari punca mana Dia mengabulkan doa dan ikhtiar kita. Allah pasti akan memberi yang terbaik buat kita, bagi hambaNya yang telah berikhtiar semampu tenaganya dan menghadirkan Allah dalam setiap geraklangkah usahanya.



Mama tertarik dengan teori ” Quantum Ikhlas” dari buku yang Mama beli dari seorang sahabat lama yang pulang dari Jakarta baru-baru ini. Teori ” Quantum Ikhlas” ialah satu proses tranformasi kuantum di bidang pengembangan potensi diri. Satu proses yang meruntun kita meninggalkan zaman dominasi otak (positive thinking) untuk memasuki era kolaborasi hati (positive feeling) . Melalui quantum ikhlas ini kita menyempurnakan proses kecemerlangan individu maupun kegemilangan korporat dari kaedah ” Goal Setting” yang memberatkan kepala menuju era ”Goal praying” yang lebih menyejukkan hati.



Proses potitive thinking dan goal setting biasanya hanya mengutamakan kekuatan diri sendiri yang berupa ’force’ untuk meraih kejayaan yang mendatang. Sedangkan ’positive feeling’ dan ’goal praying’ justru secara integratif mengutamakan kekuatan diri dan kuasa Allah yang menghasilkan power untuk menciptakan kejayaan mulai saat ini juga. Ikhlas tercipta hasil dari ketrampilan penyerahan diri secara total kepada AlLah untuk meraih puncak kejayaan di dunia dan kebahagian hakiki di akhirat.



Percayalah, setiap kejayaan itu bukan kebetulan, tapi itu adalah taqdir Ilahi dan jawapan Allah di atas doa dan usaha kerja keras kita yang kadangkala datang dari punca yang tidak kita ketahui dan kita tidak duga samasekali. Kita teruskan metafora berlari dari Sofa ke Marwah untuk mendapat pancutan zam zam penyejuk kehidupan...

Wednesday, April 07, 2010

Hari ini lebih baik dari hari semalam...

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Oleh itu jom kita semak balik borang mutabaah harian kita....

solat fardu kita on time kah? kalau ya 'on time' berapa kali?
solat kita berjamaaah ke? kalau ya berapa kali?
kita berzikir kah selepas solat? berapa bakul zikir kita?
solat tahajjud kah kita malam tadi? ada sempat witirkah?
solat sunnah qabliyah kah kita?
solat sunat ba'diyah kah kita?
solat dhuha kah kita?
puasa sunnat kah kita isnin lepas? kalau miss kita nka top up kan khamis esok?
ada bersedekah kah semalam? walau seringgit? atau paling kurang kita tersenyum kah kepada saudara kita?
kita maafkan kah kesalahan dan kelemahan sahabat kita atau orang yg tersayang ?
Berapa ayat al quran kita baca hari ini? kalau semalma satu 'ain, hari ini boleh dapat dua(2) 'ain ke?
ada buku baru yang menarik ntuk dibaca hari ini?
Sila thick (/) kan borang mutbaah harian kita semua....
Berdoalah kepaad ALlah agar kita sentiasa cemerlang disisiNYa

Tuesday, April 06, 2010

Generasi yang akan kita jana, ia pasti akan berulang!

Menurut riwayatnya, perisitiwa itu berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, beliau berkata:

- Apa maksud semua ini?Kedua-dua pemuda itu menjawab:

- Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:

- Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?Dengan tegas lelaki itu menjawab:

- Ya! Saya telah membunuhnya!Umar bertanya lagi:

- Bagaimana kamu membunuhnya?- Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi dia tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.Lantas Umar menjatuhkan hukuman :

- Qisas!Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:

- Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.Umar bertanya lelaki itu:

- Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar,

atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak

yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:

- Sudikakah kamu memaafkan dia?- Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:

- Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari

dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:

- Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!Umar mencari kepastian:

- Dia telah membunuh!Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:

- Walaupun dia telah membunuh!Umar bertanya lagi:

- Adakah kamu mengenalinya?- Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.- Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?- Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insyaAllah.Umar mengingatkan:

- Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?Abu Dzar menjawab dengan tenang:

- Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:

- Mana lelaki itu?Abu Dzar menjawab:

- Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul

mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:

- Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!Lelaki itu menjawab:

- Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:

- Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?- Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.Umar r.a.

bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:

- Apa yang kamu lihat wahai orang muda?Kedua-duanya menjawab serentak sambil menangis:

- Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

‫‏‬‫جزاكما الله خيراً‬ wahai pemuda di atas kemaafanmu‫وجزاك الله خيراً‬ wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya‫وجزاك الله خيراً‬ wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji‫وجزاك الله خيراً‬ wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

Monday, April 05, 2010

Silent Sunlight


Silent sunlight welcome in, there is work I must now begin
All my dreams have blown away
And the children wait to play
They'll soon remember things to do
When the heart is young and the night is done and the sky is blue

Morning song bird sail away
Lend a tune to another day
Bring your wings and choose a roof
Sing a song of love and truth

We'll soon remember if you do
When all things were tall
And our friends were small
And the world was new

Sleepy horses heave away
Put your backs to the golden hay
Don't ever look behind at the work you've done
For your work has just begun

Ther'll be the evening in the end
But till that time arrives
You can rest your eyes
And begin again

La ilaha illallah
Silent sunlight
La ilaha illallah
Morning sun
La ilaha illallah
Silent sunlight welcome in.

Saturday, April 03, 2010

Ukhuwah yang kadangkala 'is taken for granted'

Malam tadi majlis doa selamat diadakan dirumah mama. Terasa lama sunguh mama tidak buat majlis yang menghimpunkan keluarga mama dan keluarga papa disekitar KL.

Alhamdulillah ramai yang datang. Anak anak mama ada semuanya kecuali K Yong.

Dari sebelah papa, Andak, Mak Mah & keluarganya, Oteh & keluarga, Ucu dengan keluarganya dan Jihah sebagai wakil Pak Lang.

Dari sebelah mama,Mcik Icah & anak2nya, P'cik Udin & kelaurga, M'cik Diayana & keluarga,Syafie wakil P'long Dalik.

Ada kesayuan dalam hati mama sebab Aalaa' (yang tidak pernah meninggalkan mama dan rumah sejauh itu) akan bermusafir ke Melbourne. Kita semua solat Isya Berjamaaah, membaca yasin, doa selamat bersama-sama. Kita semua berbual, berbincang dan bergurau mesra sehinggalah hampir 12 malam.

.....so memang perlu kita jumpa jumpaan selalu agar kehangatan ukhuwwah terus di belai dan sentiasa hangat!

Kita sibuk beraktiviti, kaum keluarga dan sahabat sahabat kita sibuk memperbaiki taraf kehidupan masing, tidak kurang juga ramai yang terjun ke medan medan amal dakwah dan kebajikan.Kita jadi engrossed dengan urusan masing masing.

Oleh kerana kesibukkan kita kadangkala menjadikan kita 'take for granted' makna ukhuwwah dalam tindakan sehari hari kita, kadangkala ukhuwwah itu hanya di bibir atau setakat 'hugs and kisses' tanpa roh, tanpa perasaan. Tidak terasa 'kehangatan' nya. Tidak terkesan kepasanasannya.

Kadangkala kita merasakan hanya kita sahaja yang paling banyak amal sehingga kita tidak dapat 'appreciate' pengorbanan sahabat kita.

Kita kadangkala sentiasa berjaya dalam hidup kita sehingga kita tidak dapat 'empathy' sahabat sabahat kita yang gawat dalam hidup, jatuh bangun dalama usaha niaga.

Kita merasa bahagia hidup dengan keluarga kita sehingga kita lupa ada disana sahabat yang kesunyian,merasa tersisih, bersendirian menggeluti kehidupan.

Asy-Syahid Hasan al-Banna telah menjadikan ukhuwwah sebagai satu daripada rukun bai'ah.

"Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Ukhuwwah (Persaudaraan) itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah".

Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

"Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." Al Quran (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain." (Al-Taubah: 71)

Mam nka kongsi satu kisah benar yang menarik dan amat menjentik elusi buat semarakkan motivasi:

Ceritanya begini:

Ada sebuah keluarga duaat yang telah membina mahligai bahagia selama 12 tahun. Sayangnya mereka belum dikurniakan zuriat. Sang isteri memahami bahawa suami nya sangat inginkan anak. Lalu dengan penuh redha dia mencadangkan agar suaminya berkahwin seorang lagi. Cadangan yang ikhlas itu ditolak oleh suami yang sangat empathy. Dia tidak sanggup menduakan isteri nya yang setia lagi dicintai itu.

Akhirnya mereka membuat keputusan bersama untuk menjadikan rumah mereka dan diri mereka wakaf kepada amal dakwah. Mereka menjadikan diri mereka sebagai ibu bapa kepada pemuda pemudi yang dahagakan bimbingan ilmu Islam. Pasangan ini mahu melahirkan 'jundullah' dan jundullah inilah anak anak mereka berdua.

Hari-hari dalam hidup mereka penuh dengan aktiviti dakwah. Rumah mereka menjadi tempat berkumpulnya pemuda pemudi Islam untuk pelbagai program qiyam, daurah, katibah, usrah dan lain-lain. Hampir setiap hari sang isteri sibuk menyediakan keperluan tetamu, menyiapkan makanan dan sebagainya.

Dalam satu program katibah, ketika sang isteri sibuk memasak di dapur dibantu oleh beberapa orang anak anak angkatnya, sang suami pula sibuk dengan tugasnya melengkapkan persiapan yang perlu. Salah seorang peserta katibah mencadangkan:

"Ikhwan yang mulia, kita semua tahu betapa ikhlasnya ahli rumah ini meng'infaq'kan hidupnya untuk jamaah. Dan kita juga tahu mereka belum dikurnikan zuriat walaupun sudah berkahwin lebih 12 tahun. Hari ini, marilah kita sama-sama bermunajat memohon doa agar Allah kurniakan zuriat kepada mereka berdua. Kita ambil peluang waktu berbuka, waktu qiam dan waktu-waktu yang mustajab tanpa pengetahuannya".

Semua yang hadir bersetuju dengan cadangan itu. Semua mereka bermunajat dan berdoa seikhlasnya agar ibu bapa angkat mereka dikurniakan zuriat yang soleh.

Beberapa minggu yang berikutnya sang isteri merasa sesuatu perubahan pada dirinya. Dia mengajak suaminya ke klinik untuk pemeriksaan. Alangkah terperanjatnya dan syukurnya mereka apabila doktor mengesahkan bahwa sang isteri telah hamil!

Demikian hebatnya kuasa doa yang ikhlas dari saudara fillah.

Marilah sama-sama kita memperkemaskan tali persaudaraan kita dan memperdalamkan rasa kasih sayang sesama kita dengan menghayati sekurang-kurangnya tuntutan minimum dalam berukhuwwah, iaitu berlapang dada dan berbaik sangka serta amalkan memberi hadiah. Hadiah paling mudah tapi besar nilainya ialah manis muka dan kalimah tayyibah.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

Marilah kita bacakan doa rabitah ini untuk semua sahabat sahabat dan 'bayangkan wajah' mereka masing.....


Ya Allah!

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Tuesday, March 23, 2010

Jangan INGIN Kaya Tapi MESTI Kaya


Jangan INGIN Kaya Tapi MESTI Kaya

Pernah terbaca sebuah buku kalau tak silap hasil tulisan Ustaz AA Gym dari Indonesia yang bertajuk “Jangan ingin kaya tapi harus kaya”.

Benarnya ini bukan satu ayat ayat yang baru bagi mama. Mama dengar sebenanya sejak mama menganjak dewasa, ayahnda mama @Atok Yek selalu mengingatkan kami adik beradik agar belajar bersungguh untuk berjaya. Dalam pada itu beliau suka sangat menambah gurauannya yang diselangseli dengan ketawa ringan sambil mengangkat angkat bahunya (satu gerakan melucukan yang mama tak akan lupa). ”Kamu mesti cemerlang di alam karier kamu dan kita MESTI KAYA”.
Dengan kekayaan kita boleh memberi kebahagian kepada orang lain, kita boleh bersedekah dan berinfaq, kita boleh mewakafkan, kita boleh beramal jariah, kita boleh membantu golongan dhuafaa, kita boleh menolong, kita boleh memudah cara hidup seseorang yang amat memerlukan dan kita boleh membina ummah Islam yang kaya.

Pada firasat mama, kaya atau tidaknya seseorang itu terletak pada mindset atau cara dia berfikir. Sejauh mana dia memahami dirinya, (kelebihan dan kekurangan dirinya), apa yang dia inginkan dan apa yang hendak dicapainya dalam hidupnya. Mengubah ’mind set’ ini juga kadangkala mama katakan sebagai berfikir diluar kotak. Apabila kita sudah boleh berfikir diluar kotak kita akan mengalami satu lompatan mindset yang sangat hebat dan akhirnya tidak mustahil ini boleh menjadikan dirinya seorang yang berjaya kerana keunikan nya yang lain dari yang lain.

Contohnya mama terbaca kisah bagaimana bermulanya seorang ng ’broker’ tanah yang kemudian transform menjadi tuan tanah yang kaya raya. Mama katakan namanya tuan A. Tuan A dipinta oleh datuknya untuk menjualkan sebidang tanah seluas tanah 10 ekar di hujung pekan dengan harga RM500,000 dan datok menjanjikan untuk memberikan nya komisen 10%. Hampir dua tahun dia keliling kampung dan pekan untuk mencari pembeli, namun tidak juga laku. Pada ketika itu dia meletakkan mindsetnya untuk menjual tanah dan mendapat komisen... “tanah seluas 10 ekar ini mesti dijual dengan harga jualan RM500,000 dan aku akan dapat komisen 10% ” . Ini adalah mindset seorang ’broker’ berasaskan komisen, maksudnya ’mindset’ nya tentang kekayaan belum berubah. Mama tidak menyalahkannya kerana dia mempunyai mindset demikian. Tuan A merupakan seorang ”part timer’ yang masih lagi bekerja makan gaji, profession ini juga merupakan warisan dan kebanggaan keluarganya.
Satu hari dia bertemu dengan seorang ahli korporat hartanah yang berjaya, namakan dia Tuan B. Tuan B berkata spontan kepadanya, “kamu sajalah yang beli tanah itu!” . Bang! Dia macam ditampar oleh satu kekuatan yang maha dahsyat. Dalam diam dia mengiyakan cadangan itu. Dengan hanya menggunakan wang simpanan RM150,000 dia membeli tanah datoknya dengan harga RM450,000.
Pada mulanya dia memohon pinjaman dari sebuah bank tetapi bank itu menolak untuk memberikan kredit kepadanya. Namun dia berdoa dan berusaha mencari dana melalui kawan kawan dan adik beradiknya, disamping itu berbincang dengan datoknya untuk membayar bakinya membayar secara beransur-ansur.

Sebaik sahaja dia menjadi tuan tanah itu dia memecahkan tanah 10 ekar itu kepada lot lot perumahan dan bangunan komersial. Dua tahun kemudian sebuah mini pekan yang bernilai jutaan ringgit menjadi miliknya. Mama kira saat ini dia meletakkan dirinya dengan menghormati dirinya sendiri dari “tanah seluas 10 ekar dengan harga RM500,000 menjadi berjutaan ringgit”....

Tiga tahun kemudian dan seterusnya dia menjadi usahawan hartanah yang berjaya hanya kerana ada orang ’merembat’ nya untuk berfikir diluar kotak sekaligus mengubah mindsetnya...


Selain perubahan mindset, kaya adalah sebuah misteri. Mama katakan ia sebagai misteri kerana setiap orang memiliki potensi untuk kaya. Cuma sikap setiap orang berbeza dalam menggarapnya, yang menyebabkan keberhasilan atau ’output’ nya pun berbeda.

Kenapa misteri? Kerana Allah sebenarnya mahukan kita kaya. Dalam ayat-ayat Al Quran yang menyentuh kalimah ‘solat’ contohnya Allah senantiasa mengiringinya dengan kalimah ‘tunaikan zakat’ (hanya orang yang mampu dan berada sahaja yang perlu bayar zakat). Ketika Allah memerintahkan jihad maka Allah menyertakan kalimah amwal (jihad harta) disamping anfus (jihad dengan jiwa & raga). Bolehlah kita katakan ini sebagai “theology kekayaan”, satu istilah yang dipopularkan oleh seorang ustaz dari Indonesia.

Persoalannya ialah mengapa hasilnya atau output seseorang itu berbeza padahal potensinya itu ada. Dalam beberapa pembacaan mama dapati bahwa antaranya ada 3 sebab musababnya ialah:

1. Tidak tahu cara untuk menjadi kaya
2. Tidak punya visi kaya
3. Tidak gigih dalam usahanya untuk meraih kekayaan.

Banyak cara sebenarnya untuk meraih kekayaan, tapi kita harus memperhatikan bagaimana cara untuk menjadi kaya yang bermartabat, bermaruah, sihat dan diredhai Allah.

Ramai orang menjadi kaya kerana bergelumang dengan rasuah alias korupsi, tapi itu perbuatan laknat yang sedari kecil kita diajar agar menjauhinya. Ada juga orang yang kaya dengan makan gaji dan mengambil upah tapi jalannya lambat.

1. Tahu cara untuk menjadi kaya

Bagi yang belum tahu, tidak ada jalan lain untuk kaya melainkan dengan menjadi seorang usahawan atau kaum peniaga!
Sebuah hadis yang amat popular yang maksud Matannya berbunyi, "Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."
Walaupun status hadis ini mursal sebagaimana disebut oleh Al Iraaqi dalam takhrij Ihyaa' 2/79 dan Al Albani juga melabelkan hadith ini sebagai dha'eef dalam silsilah no 3402 dan dha'eef al jaami' no. 2434, namun selagi dia bukan hadith maudhuk maka hadis ini boleh lah kita jadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi kita untuk menjadi usahawan.

Maksud Sabda Rasulullah, “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar)
Dalam pada itu, mama tidak mahu menyangkal bahawa ’risk’ atau risiko dalam perniagaannya juga tinggi, kadangkala risikonya mencapai 90%.

Namun InsyaAllah (wishful thinking) dan kesungguhan usaha dan kekuatan doa (goal praying kata mcik Diana), kita akan merasa sejahtera dalam kehidupan peribadi, keluarga, kewangan dan sosial.
Dalam sebuah buku “ The Corporate Mystic: A Guidebook for Visionaries with Their Feet on the Ground Written by Gay Hendricks and Kate Ludeman di tuliskan mengenai kecenderungan para usawahan yang berada di puncak kejayaannya memiliki kehidupan sosial yang luar biasa. Bill gates contohnya, dia sudah tidak lagi obses dengan Microsoft nya tetapi dia enjoy menyibukkan dirinya dengan kegiatan-kegiatan sosial dan kerja kerja kebajikan atau kini dipopularkan dengan istilah CSR (corporate social responsibiltiy). Demikian juga usahawan hartanah Rewwin & GKB Gresik, dia sentiasa ramah tamah kepada setiap orang yang ditemuinya. Bahkan tidak segan-segan untuk memberikan ilmunya dan yang tidak kalah pula sumbangan wang ringgitnya yang kalau boleh dikatakan betapa banyaknya sadaqahnya.

2: Seseorang mesti mempunyai visi atau wawasan menjadi kaya.

Inilah yang membezakan mengapa hasil atau output seseorang itu berlainan dari saingannya.

Ramai yang ingin kaya kaya tetapi kehidupannya dan perilaku dalam masyarakatnya tidak mencerminkan sedemikian malah kita lihat betapa jauhnya lagak mereka dari visi kaya tadi.

Contohnya jika dilihat dalam kehidupan sekeliling kita, saudara kita yang berada di kampong, mereka bukannya tidak mempunyai penghasilan tetapi ’gaya hidup’nya yang menyebabkan dia tidak mencapai kesejahteraan. Mereka berusaha dalam masa yang sama membelanjakan hasil nya tidak ekonomik, suka membazir dan membelanjakan kepada perkara yang sia sia dan kurang bersedekah.

Satu perkara yang amat penting ialah kaya itu adalah kurnia dari Allah SWT melalui serangkaian proses kerja keras, cerdas dan ikhlas, 3 dalam 1.


3: Wajib sentiasa GIGIH untuk mencapainya.

Ada beberapa tips yang mama kutipkan disini untuk kita kongsi bersama sekaligus meniupkan motivasi mama (manusia lemah sometimes) sendiri yang kadangkala juga menangis, seringkali merasa geram, lemas dan sedikit putus asa sekejap-sekejap dan acapklai tenggelam punca. Kemudian setelah beberapa waktu mama bangkit dari perasaan gundah gulana itu menjadi bersemangat untuk menghayun langkah maju kedepan.

Kita perlu gilap kalimah ’GIGIH’ dalam memaknai 5 tips yang kita gunakan kpeada semua potensi yang kita ada:

1. Kita ber-Ghairah (cerdas emosi - emotional intelligence), Ghairah maksudnya bersemangat atau sentiasa optimis. Sebagai seorang usahawan kita mestilah memiliki semangat untuk tetap merealisasikan wawasannya/visinya walau dalam apapun keadaanya. Semuanya yang sukar dan sulit menjadi peluang dan opportunity yang mesti kita tempuhi dengan selamat biiznillah.
2. ber-Ilmu (cerdas intelektual), Ilmu ini satu kemestian. Belajarlah kamu sebelum memulai sesuatu perniagaan. Kita tidak akan menjadi usahawan yang berjaya tanpa ilmu. Bukan ilmu akademik yang kita peroleh di bangku kuliah semata-mata,tetapi yang terpenting adalah ilmu tentang dunia keusahawanan tadi. Semakin kita harungi dunia ini semakin cerdas kita dalam mengelolakan perniagaaan kita. Pengalaman hidup yang selalu mama katakan sebagai universiti kehidupan yang kita geluti melalui pengamatan amat bermakna untuk menangkap setiap peluang yang ada.
3. ber-Gagasan (cerdas intuisional), Seorang pengusaha harus kreatif dan penuh dengan idea-idea baru dan bertindak melalui intuisi ikhlasnya. Intuisi alias ilham adalah anugerah dari Allah. Kadangkala apabila kita berada dalam kebuntuan, kita beristighfar 100 kali, kita bertahlil 100 kali, kita berselawat 100 kali, tup tup tiba tiba kita mendapat ilham untuk menyelesai masalah kita Alhamdulillah. Allah berikan intuisi kepada orang yang rapat dan hampir kepadanya
4. ber-Ibadah (cerdas spiritual). Kaya kerana menjadi keusahawan itu adalah kurnia dari Allah maka hubungan kita dengan Allah SWT juga harus baik. Apapun yang menimpa diri kita, kita laporkan kepada Allah SWT. Allah menyediakan tempat kepada hambanya untuk berkomunikasi dengan-Nya melalui solat 5 waktu tanpa gagal malah tidka melewatkannya (kita laporkan kepadanya keadaan dan status perniagaan yang kita jalani harti ini). Demikian juga kita amalkan qiyamullail, zikir Al Mathurat, tilawah Al Quran dan ibadah lain seperti berpuasa sekurangnya 3 hari sebulan ie. 13,14 15 haribulan yang dikenali sebagai yaumul abyadh atau hari hari putih, dan kalau sempat atau mampu puasa setiap Isnin dan khamis dua kali nya di setiap harinya,.
5. ber-Hati mulia (cerdas social).

Kita sentiasa memikirkan bagaimanakah kita boleh membahagiakan orang lain? Tanamkan dalam benak bahwa memberi adalah lebih baik dari menerima. Budayakan konsep ini,” Bahagia hidup pada memberi”. Memberi wang infaq dan sedekah, memberi bakti kepada orang yang memerlukan dalam bentuk nasihat, kanseling dan kebersamaan.

Apa yang kita berikan ibarat ‘echo’ dalam satu trowong, kita dapat balik apa yang kita laungkan. Sepatah kata orang Inggeris,” You get back what you gave”….namun dalam hal ini Allah tidak balas satu perbuatan dengan satu balasan, tetapi Allah berikan ganjarannya malah berganda ganda, sehinggakan menjadi 700 kali gandi seperti dalam maksud AL Quran. (mama tak ingat surah mana).

Ada formula yang mama pernah terbaca, “formula Sedekah 10%”. Nmama yakin melabur dengan Allah tidak akan rugi selamanya. Kalau kita menginginkan pendapatan RM10 juta misalnya, kita mesti keluarkan untuk sedekah RM1juta. Kalau mahukan RM100 maka sedekahlah RM10.Sedekah ini mesti dikeluarkan awal-awal sebelum kita berbelanja yang lain-lain, demikian juga sedekah ini bukan lah sisa pendapatan kita.......tiba tiba sahaja mama teringatkan qualiti infaq habil dan qabil....kita mestilah berikan untuk jalan Allah harta yang terbaik dari kita .InsyaAllah.

Bandingkan dengan ini http://www.nomad4ever.com/2007/01/05/what-does-it-mean-to-be-wealthy-and-will-it-lead-us-to-happiness/

Friday, March 19, 2010

Human voice is the most beautiful

"Of all musical instruments the human voice is the most beautiful, for it is made by God." by Anon.

Jadi dodoikanlah nyanyian kalimah kalimah tayyibah di telinga anak-anak, demikian juga bisikan alunan ayar ayat pendek al quran ditelinga sesiapa sahaja yang sakit yang kita lawati, dendangkan ayat ayat lazim untuk kaum kerabat yang dalam keaddan sakratul maut....teringat seorang seorang kawan non muslim bertanya, camana nak jawab ya:









What are you teaching your child about death? How do you make the process of dying visible or invisible for the benefit of your child?

Thursday, March 11, 2010

Emak! saya datang untuk melepas rindumu rinduku



(Gambar hiasan; emak bersama cucunya (abang uda)dua tahun lalu)

Pagi-pagi lagi emakku di Muar menelefon ku, emak mengadu sakit, telah dua hari tidak boleh bangun. Emak bertanya: ”Bila kau mahu mahu pulang menjengukku?”. Aku terkedu. Aku terharu. Ya emak, InsyaAllah saya datang....Ya Allah permudahkan lah urusanku aku mahu pulang ke rumah emak untuk melihat wajah emak. Untuk membelai emak ku yang sedang sakit..Ya Allah berikan lah aku kelapangan...

Aku terbayang senyuman manis emak. Aku terbayang tangan suci emak. Tangan yang tidak pernah memukul ku walau sejengkel manapun perasaannya menghadapi kenakalanku semasa aku kecil sehinggalah aku menganjak dewasa. Tangan yang selalu mengelus kepala membetulkan rambut ketika aku tergesa-gesa pergi sekolah. Tangan yang selalu tanpa jemu mengelus lembut ketika aku mencari kekuatan dipangkuan nya, ketika hati ini bergemuruh gundah gulana. Tangan yang selalu menengadah kelangit memohon ketika memohon kepada Allah untuk setiap ujian/ kesusahan dugaan hidup yang aku jalani.

Tangan yang melambai dengan wajah sedih mata berair ketika aku meninggalkan tanahir untuk menuntut ilmu di perantauan jauh di negera orang. Pesan nya yang tidak pernah aku lupa......Jagalah diri baik baik, ’maruah’ mu hanya satu tiada duanya, sekali tercemah sehingga mati tidak akan pulih seperti sediakala .

Aku ingin mengabadikan puisi ini ( ku kutip dari seorang teman) untuk emak.

Aku akan nyanyikan lagu ini sepanjang perjalanan ke kampung hari ini....

Kau adalah bintang gemerlapan di langit malam, Bukan!, kau lebih dari itu
Kau adalah rembulan flourescent di angkasa sana, Bukan!, kau lebih dari itu,
Kau adalah matahari yang terang benderang saban hari setiap waktu, Bukan!, kau lebih dari itu....
Kau adalah Sinopsis alam semesta ini, Itu saja.

Tanganmu emak adalah ‘kepanjangan’ tangan Allah. Itu yang aku baca dari sebuah buku. Kalau direnung-renungkan, memang lah demikian. Tangan seorang emak adalah satu ‘wujudan’ dimana mana : Kasih sayang, kesabaran, cinta dan ketulusan..
Aku tidak pernah melihat emak jemu atau penat bila menyajikan masakan di meja makan untuk sarapan dan makan malam?

Aku tidak pernah mellihat emak meminta upah dari tadahan tapak tangannya ketika mendoakan anaknya agar diberi Allah banyak kemudahan dalam menjalani kehidupan?

Aku tidak pernah melihat emak menagih wang atas jerih payah tangannya membereskan tempat tidur kami adik beradik?

Aku tidak pernah mendengar emak mengungkap balasan atas semua bakti hasil dari tangannya?..

Acapkali (bukan sekali dua) aku mengajak emak untuk tinggal bersamaku di bandar sini, tinggalkan rumah emak dikampung tu, biarlah pekerja-pekerja emak yang menguruskan kebun kebun kelapa sawit emak tu!.

Aku sungguh kaget bercampur sayu, mataku berkaca apabila emak menjawab pelawaanku... ”Emak masih merasa-rasa kehadiran ’yek’ (ayah) mu disini. Emak merasa satu kebahagiaan yang tidak terperi apabila berada ditengah tengah kebun kelapa sawit yang ’yek’ kamu tanam dan usahakan bersama emak masa yek mu masih hidup... Kamu lah yang seharusnya sering datang melawatku di kampung ini, Emak akan lebih seronok dan bahagia....” Jawabannya kedengaran ringan. Namun kau terasa bagai satu pukulan yang menghempak benakku. Emak tampak lebih pasrah, menyerahkan semua kepada kehendak Allah.

Wahai emak apabila sampai nanti, aku ku cium tanganmu dengan penuh takzim, untuk kureguk seluruh keikhlasan mu sepenuhnya. Selagi ada sisa waktu yang kumiliki masih terhampar, akan ku ciumi wajahmu penuh rindu dan kasih sayang. Aku takut, sungguh takut, tidak lagi punya kesempatan meraih tangan mu, aku rindu untuk meletakannya dikeningku. Aku mesti pulang hari ini juga.....

Emakku sayang….
Terimakasih atas segala cinta yang telah emak berikan padaku selama ini. Tidak perlu perlu khuwatir mengenai kehidupanku dan kebahagiaanku, aku telah merasakan kebahagiaan itu. Aku bahagia dengan hidupku selama ini aku menemukan cinta itu darimu Bu.

I LOVE YOU MOM...

* Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya kecuali tiga yaitu sodaqoh jariyah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak yang mendoakannya. (HR. Muslim)
* “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada emakbapakmu dgn sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara kedua atau kedua-dua sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yg mulia.” .

* Dari Abu Hurairah dia berkata telah datang kepada Rasulullah saw seorang laki-laki lalu bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah yg lebih berhak untuk saya pergauli dengan baik?” Beliau menjawab “Ibumu” dia bertanya lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ibumu” dia bertanya lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ibumu” dia bertanya lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab “Ayahmu”.

Allahummaghfirlanaa wali-waalidainaa warhamhumaa kamaa rabbayanii shaghiiraa. Laa ilaaha illaa annta subhaanaka inni kunntu minazhahaalimin. Laahaula walaa quwwata illaa billaahil ‘Aliyyil ‘Azimmm Amin..

Masih kah kita mahu sombong diri?

Ketika kita berada di atas tanah, kita melihat satu hektar tanah amat luas. Namun, apabila kita menaiki kapalterbang, semakin kita meninggi menggapai awan kita melihat tanah yang tadinya berukuran satu hektar menjadi semakin mengecil.

Apabila kita melihat wang yang tersimpan didalam bank, kita akan terasa modal kita terlalulah sedikit.

Apabila kita memikirkan jumlah bacaan tasbih yang diungkapkan oleh seluruh makhluk, bacaan tasbih,sungguh terasa tasbih kita tidak signifikan.

Apabila kita melihat perpustakaan-perpustakaan besar dunia, terasa sangatlah sikitnya buku-buku atau kitab-kitab yang kita baca.

Demikianlah juga apabila kita meletakkan ’keagungan' Allah dalam jiwa kita, segala-galanya diunia ini kecil belaka. Oleh itu kita memang tdak boleh sombong diri.

Kalau kita bayangkan kesusahan-kesusahan para nabi terdahulu, kita akan terasakan betapa kesusahan-kesusahan kita sebenarnya amatlah ringan .

Wednesday, March 10, 2010

Jiwa Besar bukan warisan Jiwa kerdil bukan malapetaka



(Gambar ini hanya hiasan, almarhum ayahndaku Hj Mohd Tahir tercinta bersama bonda yang tersayang- Mereka berdua banyak mengajarku apa ertinya ber jiwa besar versus kehormatan palsu...)

JIWA BESAR BUKAN WARISAN JIWA KERDIL BUKAN MALAPETAKA)

Kisah ini... sampai bila bila pun akan selalu membuat air mata menitik penuh bangga, bangga kepada nabi kita Muhamad Rasulullah (saw) yang berjiwa besar.

Lelaki itu terus berlari bersama sahabatnya untuk mengindari lemparan batu dan amukan orang ramai disitu. Puluhan mungkin ratusan batu sebesar kepalan tangan menerjang mereka, diiringi cacian dan hinaan yang menghina. Tubuh mereka terluka. Kaki-kaki mereka penuh darah. Bukan hanya Zaid, sahabat yang ingin menangis menyaksikan perlakuan Bani Thaif itu kepada Rasulullah, tetapi juga alam semesta.

Sungguh memilukannya peristiwa itu, malah malaikat Jibril As dan malaikat penjaga gunung datang menghampiri Nabi Muhamamd (saw). Ekspresi ammarah semesta diwakili oleh ucapan malaikat penjaga gunung:

"Perintahkanlah aku! Seandainya engkau menghendaki kedua bukit ini dihimpitkan kepada mereka, niscaya akan aku lakukan dengan segera!".

Tapi Rasulullah menjawab. Jawapannya amat berbeza dari jawaban yang biasa diberikan oleh manusia biasa apabila dalam keadaan sedemikian. Rasulullah menjawab seluruh penghinaan, perlakuan, dan siksaan Bani Thaif itu dengan do’a:

"Allahummahdii qawmii fainnahum laa ya'lamuun" (Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku ini, karena mereka masih juga belum faham tentang arti Islam).

Bahkan Rasulullah juga mendoakan agar keturunan mereka nanti akan menyembah Allah semata-mata dan tidak mempersekutukanNya dengan apa pun.

Demikianlah sejarah terkemudian membuktikan bahwa sebenarnya beberapa tahun selepas peristiwa itu berlaku para pejuang Islam dari Thaif terkenal dengan keberaniannya di medan-medan jihad menegakkan agama Allah…

Sahabat, seandainya kita adalah manusia yang dizalimi itu. Seandainya kita adalah lelaki yang kehormatannya dipijak-pijak oleh kaum itu, kemudian beberapa waktu kita mempunyai sebuah kekuatan, punyai kekuasaan besar yang kita boleh sahaja menghukum mereka, bila bila masa sahaja kita boleh jalankan apa pun perintah kita sebagai balasannya. Maka hukuman apa yang akan kita berikan kepada mereka?

Sahabat, Rasul mulia itu Muhammad (SAW) dalam hal ini sedang mengajarkan kita tentang sebuah pelajaran: BERJIWA BESAR! Pelajaran yang tidak pernah dapat terangkum dalam lembaran-lembaran teori, tetapi pelajaran hidup ini selalu hadir bersama manusia-manusia berjiwa besar dalam sejarah manusia.

Kita tidak akan benar-benar dapat fahami ‘Jiwa besar’ ini sehinggalah nanti di suatu waktu dalam kehidupan kita mengalaminya. Kita terpaksa membuat pilihan-pilihan yang sukar, samada kita memilih menjadi ‘manusia biasa’ atau manusia ‘mulia’ berjiwa besar.

Kebesaran jiwa inilah yang dimiliki oleh pemimpin besar, tokoh legenda kaum muslimin, Umar bin Al Khattab (R.a), ketika beliau memikul sendiri sekarung gandum pada malam hari kepada rakyatnya yang kelaparan. Juga kisah keredhaan beliau ketika di dikritik dengan kritikan yang memerahkan telinga oleh seorang perempuan di depan orang ramai. Walhal disatu sisi, beliau seorang pemimpin dimana ditangannya lah Islam berkembang secara mendadak. Asalnya Islam agama yang kecil di kota Mekkah menjadi salah satu kekuatan dunia yang menyaingi kerajaan Rom dan Parsi. Umar adalah pemimpin besar yang jauh lebih brilliant dari pada Julius Caesar, Charlemagne, bahkan Alexander the Great…

Kebesaran jiwa ini jugalah yang dimiliki oleh seorang Mujahid General perang berkaliber Salahuddin Al-Ayyubi ketika membebaskan Palestin (Jerusalem). Ketika beliau menakluki Jurusalem (dalam keadaan menang, beliau tidak membalas dendam terhadap pasukan salib. Walahal pasukan salib ini dulunya menzalimi kaum muslimin.

Seluruh kaum muslimin dibantai, rumah-rumah dan masjid dibakar, perempuan diperkosa dan anak-anak dibunuh didepan orang tua mereka. Namun Mujahid agung ini memasuki kota suci dengan penuh kerendahan hati. Rumah-rumah ibadah dibiarkan tegak, para pemeluknya dilindungi, dan para ‘knight of templar’ diberi pilihan samada untuk tinggal atau pergi meninggalkan kota suci.

Jiwa besarnya terserlah apabila beliau mengirimkan seorang doktor untuk merawat dan menyembuhkan sakit yang diderita oleh musuhnya dalam perang, Raja Richard ‘The Lion Heart’ dari England. Kebesaran jiwa yang menggetarkan kawan mahu pun lawan, menjadikan pahlawan jihad ini sebagai legenda sekaligus idola dikalangan musuh-musuhnya…

Sahabat, kebesaran jiwa itu adalah pilihan. Ketika perasaan marah, godaan geram untuk membalas dan menyiksa yang begitu dekat di depan mata, lalu kita lebih memilih untuk memaafkan, bersabar dan berlapang dada atas segalanya.

Kebesaran jiwa itu adalah keteduhan perasaan ketika segalanya menjadi panas dengan nafsu amarah.

Kebesaran jiwa itu adalah ketenangan saat semuanya menjadi rumit.

Kebesaran jiwa itu adalah saat bencinya yang menggunung menjadi kasih sayang.

Kebesaran jiwa itu adalah saat kekerasan menjadi kelembutan.

Namun kebesaran jiwa itu bukanlah kelemahan, bukan kekalahan apalagi kebaculan. Kebesaran jiwa itu adalah perpaduan antara keberanian, kekuatan, kasih sayang dan kemaafan…

Sahabat, mungkin suatu ketika kita dihadapkan pada situasi yang sama. Kita boleh marah. Kita boleh menghina. Kita boleh sahaja membalas dendam. Semuanya atas nama sakit hati yang bersangatan tidak lagi tidak terperi. Atas atas nama dendam yang teramat dalam. Atas nama amarah yang membara. Disaat itulah kebesaran jiwa menemukan ujiannya. Hidup adalah penuh dengan berbagai pilihan.

Manusia-manusia besar dalam sejarah adalah orang-orang yang ketika hidupnya menemukan pilihan yang sama, mereka memilih untuk berbesar jiwa. Mereka berani, mereka punya kekuatan, mereka juga ada perasaan marah, benci dan dendam, tetapi mereka lebih memilih jalan kasih sayang dan memaafkan.

Menjaga Lisan

Hadis Tentang Menjaga Lisan



عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنِ النَّارِ، قَالَ : لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ عَظِيْمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيْرٌ عَلىَ مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِ : تَعْبُدُ اللهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئاً، وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ، ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، ثُمَّ قَالَ : } تَتَجَافَى جُنُوْبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ.. –حَتَّى بَلَغَ- يَعْمَلُوْنَ{ُ ثمَّ قَالَ : أَلاَ أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الأَمْرِ وُعَمُوْدِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ ؟ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : رَأْسُ اْلأَمْرِ اْلإِسْلاَمُ وَعَمُوْدُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ. ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ ؟ فَقُلْتُ : بَلىَ يَا رَسُوْلَ اللهِ . فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالِ : كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا. قُلْتُ : يَا نَبِيَّ اللهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُوْنَ بِمَا نَتَكَلَّمَ بِهِ ؟ فَقَالَ : ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ، وَهَلْ يَكُبَّ النَاسُ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوْهِهِمْ –أَوْ قَالَ : عَلىَ مَنَاخِرِهِمْ – إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ . [رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح]






Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Mu’az bin Jabal radhiallahuanhu dia berkata : Saya berkata : Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam surga dan menjauhkan saya dari neraka, beliau bersabda: Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala, : Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji. Kemudian beliau (Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam) bersabda: Maukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu surga ?; Puasa adalah benteng, Sodaqoh akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail) , kemudian beliau membacakan ayat (yang artinya) : “ Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”. Kemudian beliau bersabda: Maukah kalian aku beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya ?, aku menjawab : Mau ya Nabi Allah. Pokok perkara adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah Jihad. Kemudian beliau bersabda : Maukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu ?, saya berkata : Mau ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lisannya lalu bersabda: Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk) . Saya berkata: Ya Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan ?, beliau bersabda: Ah kamu ini, adakah yang menyebabkan seseorang terjungkel wajahnya di neraka –atau sabda beliau : diatas hidungnya- selain buah dari yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka .

(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Haditsnya hasan shahih)

Tuesday, March 02, 2010

shark in your cubicle

A friend sent this story sometime back:

The Japanese have a great liking for fresh fish. But the waters close to Japan have not held many fish for decades. So, to feed the Japanese population, fishing boats got bigger and went farther than ever. The farther the fishermen went, the longer it took to bring back the fish. The longer it took them to bring back the fish, the staler they grew. The fish were not fresh and the Japanese did not like the taste. To solve this problem, fishing companies installed freezers on their boats. They would catch the fish and freeze them at sea. Freezers allowed the boats to go farther and stay longer. However, the Japanese could taste the difference between fresh and frozen fish. And they did not like the taste of frozen fish. The frozen fish brought a lower price. So, fishing companies installed fish tanks. They would catch the fish and stuff them in the tanks, fin to fin. After a little hashing around, the fish stopped moving. They were tired and dull, but alive.

 

Unfortunately, the Japanese could still taste the difference. Because the fish did not move for days, they lost their fresh-fish taste. The Japanese preferred the lively taste of fresh fish, not sluggish fish. The fishing industry faced an impending crisis! But today, it has got over that crisis and has emerged as one of the most important trades in that country! How did Japanese fishing companies solve this problem? How do they get fresh-tasting fish to Japan?

 

To keep the fish tasting fresh, the Japanese fishing companies still put the fish in the tanks. But now they add a small shark to each tank. The shark eats a few fish, but most of the fish arrive in a very lively state. The fish are challenged and hence are constantly on the move. And they survive and arrive in a healthy state! They command a higher price and are most sought-after. The challenge they face keeps them fresh!

 

Humans are no different. L. Ron Hubbard observed in the early 1950’s: “Man thrives, oddly enough, only in the presence of a challenging environment.” George Bernard Shaw said: “Satisfaction is death!”

 

If you are steadily conquering challenges, you are happy. Your challenges keep you energized. You are excited to try new solutions. You have fun. You are alive! Instead of avoiding challenges, jump into them. Do not postpone a task, simply because its challenging. Catch these challenges by their horns and vanquish them. Enjoy the game. If your challenges are too large or too numerous, do not give up. Giving up makes you tired. Instead, reorganize. Find more determination, more knowledge, more help. Don’t create success and revel in it in a state of inertia. You have the resources, skills and abilities to make a difference.

 

Moral of the story: Put a shark in your tank and see how far you can really go!

Not sure if you agree with such extreme measures to push people (or is it motivate people ?) to achieve the impossible or even accomplish everyday tasks, but I think there is an important message in the story. Quite often, we underestimate the power of ‘positive pressure’ (some might prefer to call it a negative pressure, though) dismissing it as a constraining force rather than an enabling one. However, there might be situations where such tactics might actually be a good, rather better, way to get things done.

I believe opportunities almost always masquarade as problems. I have never seen an opportunity present itself as a career-building assignment, or a game-changing company event on a silver platter. They all present themselves as a small, constant irritating pain of no major importance or immediate consequence. Most of us ignore them and walk right past them, prefering to often wait to work on ‘bigger’ problems, strategy and so on. I remember a highly inspiring talk by Scott Cook, founder of Intuit, a few years back in Bangalore. Scott talked about how they do the strategy for their products. Instead of a very hi-tech way to define product development strategy, they go about identifying pain-points their customers experience while using their products. They simply work on improving the user experience as the primary way to create opportunities for you. Don’t run away from the shark in your cubicle, and if you have none, start by putting a shark in your cubicle first 

Monday, February 15, 2010

We need the comfort of another






Much of life can never be explained but only witnessed' - Rachel Naomi Remen, MD

A Hippo and Tortoise Tale


NAIROBI (AFP) - A baby hippopotamus that survived the tsunami waves on the Kenyan coast has formed a strong bond with a giant male century-old tortoise in an animal facility in the port city of Mombassa, officials said

The hippopotamus, nicknamed Owen and weighing about 300 kilograms (650 pounds), was swept down Sabaki River into the Indian Ocean , then forced back to shore when tsunami waves struck the Kenyan coast on December 26, before wildlife rangers rescued him.

'It is incredible. A-less-than- a-year-old hippo has adopted a male tortoise, about a century old, and the tortoise seems to be very happy with being a 'mother',' ecologist Paula Kahumbu,
who is in charge of Lafarge Park , told AFP.

'After it was swept away and lost its mother, the hippo was traumatized. It had to look for something to be a surrogate mother.


Fortunately , it landed on the tortoise and established a strong bond. They swim, eat and sleep together,' the ecologist added.


'The hippo follows the tortoise exactly the way it followed its mother. If somebody approaches the tortoise, the hippo becomes aggressive, as if protecting its biological mother,' Kahumbu added.

'The hippo is a young baby, he was left at a very tender age and by nature, hippos are social animals that like to stay with their mothers for four years,' he explained.


'Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.'

This is a real story that shows that our differences don't matter much when we need the comfort of another. We could all learn a lesson from these two creatures of God, 'Look beyond the differences and find a way to walk the path together.'
'Those who bring sunshine into the lives of others, cannot keep it from themselves.'

Sunday, February 14, 2010

Didiklah hatimu menjadi TASIK bukan Gelas



Diambil dari mailing list dan telah diubah suai bahasanya untuk renungan


Seorang guru bertemu seorang muridnya yang sejak belakangan ini wajahnya kelihatan sangat murung dan tertekan.."kenapa kau selalu sahaja murung, nak? Bukankah banyak perkara yang indah-indah di dunia ini? Kemana hilangnya wajah bersyukurmu ? ", Tanya guru itu...

"Wahai Guru, sejak akhir akhir ini hidup saya penuh masaalah, sukar bagi saya untuk tersenyum. Masaalah sentiasa datang seperti tidak akan habis"... jawab murid tersebut dengan lesu. Sang guru tertawa terkekeh mendengar keluhan muridnya tersebut.

"Anakku, ambilkan saya segelas air dan dua genggam garam, maka akan aku perbaiki suasana hatimu itu " Si murid pun beranjak perlahan tidak bersemangat melaksanakan
perintah guru itu, tidak lama kemudian ia kembali sambil membawa segelas air dan 2 genggam garam.

"Cuba kamu ambil segenggam garam dan masukkan kedalam gelas itu, kemudian kau minum airnya sedikit"..perintah guru tersebut. Si murid pun melaksanakannya, dan wajahnya kini kelihatan berkerut karena meminum air masin itu....

"Bagaimana rasanya?".. Tanya sang guru"Masin dan perutku terasa mual "..jawab sang murid sambil mukanya berkerut.Sang guru pun ketawa terkekeh apabila melihat wajah muridnya tersebut.

"Sekarang kau ikut aku". Sang guru membawa muridnya ke pinggir sebuah tasik dan menyuruh muridnya menebarkan garam yang tersisa ke tasik tersebut. Si murid langsung menebarkan garam yang berbaki tadi sambil menahan rasa masin dimulutnya yang belum hilang, Rasanya ingin meludah, tapi sungguh tidak sopan jika dilakukan di depan guru, fikirnya...

"Sekarang cuba kau minum air tasik itu"..pinta guru itu sambil mencari batu yang datar untuk di duduki nya di tepi tasik itu.Sang murid menangkupkan kedua tangannya untuk mengambil air tasik itu, dan terus meminumnya. Sebaik sahaja air tasik yang segar itu mengalir di kerongkongnya , sang guru bertanya kepada murid nya.. "Bagaimana rasa air tasik itu ?"Segar, segar sekali guru ! " jawab murid tersebut. ”Sudah semestinya begitu kerana air tasik itu berasal dari mata air diatas gunung kemudian mengalir turun ke dalam tasik ini. Pastilah air tasik yang luas ini menghilangkan rasa masin dimulut si murid.
"Terasakah garam yang kau tebar tadi", Tanya guru itu kepada muridnya.
"Tidak masin sama sekali", jawab sang murid sambil terus meminum air tasik tersebut. Sang guru hanya tersenyum melihat muridnya itu dan membiarkan muridnya minum air tasik sehingga puas.

Setelah murid itu selesai meminum air tasik, sang guru berkata " Wahai anakku, Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam, tidak kurang, tidak lebih, ia hanyalah segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang kau alami di dalam hidup mu itu sudah di beri kadarannya oleh Allah, tidak berkurang dan tidak bertambah, sesuai untuk mu, seperti segenggam garam itu. Setiap manusia yang lahir di dunia ini , bahkan nabi sekalipun, tidak lepas dari masalah ".
Si murid terdiam mendengarkan penerangan gurunya.
"Tapi wahai anakku, rasa 'MASIN' yang dialami dari penderitaan itu sangat bergantung kepada HATI yang menampungnya”.

Jadi, BERHENTILAH MENJADI GELAS, jadikan HATI dalam dada mu menjadi sebesar TASIK, agar kamu tidak sentiasa menderita .
"Hidup memang memerlukan keberanian, perlu berjiwa besar berhati luas, namun terlebih dahlu ditambahkan ”ketelitian”. Cermatilah langkahmu dan waspadai tindakanmu. Hati- hati saat ketika mencelupkan jari di dalam kancah kehidupan, supaya rasa "PAHIT" dapat dihindarkan

Friday, February 05, 2010

sahabat seperjuangan kui terima anugerah ratu elizabeth

BERITA UTAMA hari jumaat 5 feb 2010

Pelajar PhD kita terima anugerah Ratu Elizabeth

Daripada Harny Abu Khair di London
bhnews@bharian.com.my


Noor Zaiton Yahaya


SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.

Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini.

Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.




Tahun lalu, Noor Zaiton turut diberi penghormatan menyampaikan ucaptama dalam persidangan antarabangsa Urban Environmental Management and Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagen, Denmark.

Noor Zaiton ketika dihubungi, berkata pengiktirafan itu meletakkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Setakat ini, saya belum pernah dengar mana-mana pelajar Malaysia menerima anugerah berprestij ini dan saya sangat bersyukur kerana terpilih menerimanya. Ia adalah kejayaan negara dan UMT.



"Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya.

Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian.

"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.

Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara.

"Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.